Sayang Adekk
‘Huh’ Aku menghempas segala buku-buku yang sudah dihadap hampir lima jam . Entah kenapa pelbagai masalah dan kenangan-kenangan lalu menusuk kembali dalam ingatanku. Hampir lima jam itulah aku cuba mengusir segala-galanya yang mengganggu tumpuanku untuk belajar. Akhirnya aku pasrah. Buat ape menelaah buku , tapi fikiranku ke lain . Dengan buku yang berselerak ditambah pula dengan alat-alat tulis yang berterabur , aku terus sahaja beredar. Langkah ku amat perlahan, sambil menguis-nguis batu-batu yang agak membonjol. Aku merenung tempat yang sering menjadi ‘kawan’ meluahkan segalanya. ‘Kawan’ itulah yang kadang-kadang mengurangkan marahku,sedihku, kecewaku malah segala kebahagiaan dikongsi bersama.’Kawan’ aku itu adalah sebuah bangunan lama yang dulunya adalah sebuah rumah dua tingkat.Dia sudah lama ditinggalkan akibat peristiwa kebakaran telah berlaku disitu.Kasihan ‘kawan’ aku tu.Dari aku kecil hinggalah besar panjang,’kawan’ aku itulah menjadi teman rapatku.Walaupun kosong,tapi aku dapat rasakan bagai ada penghuninya disitu.Cakap sorang-sorang,menyanyi,melukis, semuanya disitu.Walaupun agak pelik dan pastinya akan dinggap GILA , ahhh ,peduli ape aku .
Terbayang-bayang kembali rentetan peristiwa pagi tadi. Peristiwa ape ? Tidaklah sepenting mana, tapi agak menggangu memori aku yang sudah lama dikunci di peti hati.Saat aku terbaca satu ‘cerpen’ yang direka khas untuk diriku membuatkan hatiku terusik. Pelbagai perasaan mulai timbul. Terharu mahupun sedih sebab sudah lama memori itu terkunci. Terngiang-ngiang kembali pertemuan pertama aku dengan penulis . Bagaikan sudah lama bertemu, walhal jumpe pon tak pernah. Entah kenapa, dia menjeling-jeling aku dari jauh , oleh kerana rimas dengan perbuatannya , aku mula menegur si dia.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
‘’Tengok aje ?’’ kata ku perlahan , almaklumlah ,masa tu di perpustakaan . Tak boleh bising-bising . Ada jugak kene hempuk dengan pengawas perpustakaan bertugas. Tak sempat nak kawin . hehe
‘’Hehe, akak , nak Tanya boleh ?’’Dengan sengihan yang dibuat-buat , dia mula membalas.Entah kan ikhlas ataupun tidak, aku pon tidak pasti.
‘’eh , bolehlah . Takk kan tak boleh,. Kenapa ni dekk?’’ Opss ! terpancul pula nama adek kat situ . Harap-haraplah dia memang dibawah umurku , kalau tak malu seumur hidup.
‘’Erk, aa--kak anak sedd-ara Cikkk-gu Fa-iza eh ?’’ Teragak-agak dia berkata.
‘’Eh,cikgu Faiza mana pulak ni ? ‘’
‘’Cikgu Faiza lah.Cikgu Faizah kite tu.’’
‘’Kenapa adek ckap macam tu ? mana adek tahu ?’’
‘’Alah cakap je lah , Betul ke akak anak sedara Cikgu Faiza ?’’
‘’Erk, camne tahu ni ? Diam tau jangan bagitau sesiapa’’ Tanpa memberi jawapan yang pasti, aku meminta dia merahsiakan. Entah kenapa , risau pula kalau-kalau dia menghebohkan kepada yang lain. Walaupun belum tentu berita itu benar.
‘’Masa tu kita Nampak akak naik Cikgu Faizah pergi sekolah.’’
‘’Ohh, hehe’’Hanya itu yang mampu aku jawap. Lega hati ni.Ingat kan dia siasat latar belakang aku tadi. Yelah, tak kenal tibe2 tanye. Dari riak wajahnya , Nampak bahagia bila bercakap dengan aku. Eh, aku dah jadi artis ke? Tapi macam aku pernah nampak budak ni. Seingat aku , budak ni lah yang selalu jelling-jeling aku. Aku pon tak pasti . Ahh ,lupekan je lah. Lagi pon , budak tu Nampak okey je tadi.Biasalah tu.Minat aku kot. Hahaha ,entah apa yang dia minat pon tatau.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan beganti bulan, tahun—err, banyak sangat tu. Huh, semakin lama , aku mula rapat dengan si dia. Entah ape yang membuatkan kami rapat pon tak tahu.Macam magnet yang menarik. Kami mule bertukar nombor, memang dialah yang jadi teman aku setiap malam. Perpustakaan lah tempat ‘biase’ kami jumpe. Mana tidaknya , aku ni ulat buku, dia pon ulat—err , cacing buku. Memang dialah yang teman aku juga kat perpustakaan. Pendek kata, dialah segalanya pada aku masa tu. Dan , peristiwa paling manis, dia lamar aku jadi ‘akak angkat dia’. Bermula lah pulak cerita akak angkat dan adek angkat . Memang banyak kami habiskan masa bersama. Kalau jumpe , memang tak cukup 1 jam sahaja. Ada je benda yang nak dikongsi. Mesej ? memang nombor dia je lah yang ada kat talifon aku ni. Ade bende yang dia kate die suke tentang aku . dia kata aku UNIK ? bunyi macam pelik. Tapi itulah yang dia cakap kat aku. Aku pon tak tahu celah mana UNIK tu dalam diri aku.
Huh, aku ingat lagi , ‘time bufday’ dia. Aku belikan 2 set jam . 1 untuk dia, satu lagi aku rembat lah . Pastu bila jumpe kat sekolah, mesti tunjuk jam . hehe , Nampak macam ‘sweet’ kan ? memang pon . Kalau bufdayaku lagi dasyat .Dia belikan aku hadiah yang aku rase tak layak untuk aku . Dia memang ingat gila bufday aku sebulan sebelum tu.Amboi,excited kan dia ? Sebab tulah aku sayang dia, dia pon sayang aku. Huh,ada satu ni . Perangai dia yang memang rase macam nak ketuk je kepala dia. Dia ni suke sangat cucuk-cucuk pinggang aku.Dalah aku ni kuat melatah.Aduii , malunye kalau aku termelatah depan dia. Haha. Pasal pakwe ? pon kitorang kongsi. Tapi masa tu aku takde pakwe lagi. Ade admire je. Admire tu pulak abang angkat ,adek angkat aku ni.Hadoii, makin rapat lah kami kan ? kadang-kadang rimas juga aku dengan admire aku tu. Adek angkat aku pon rimas. Tapi nak buat macam mana kan ? Tak kan nak kecikkan hati dia pulak kan ?
Adek angkat aku ni pula, ada admire kat somebody. Somebody tu pulak sama umur dengan aku. Kira bolehlah ngam.Huh, mana tak lagi rapat relationship kitorang.Banyak lah kenangan kitorang. Sampai kekadang pergi sekolah memang tak lengkap tak nampak muka dia.
Tapi semua tu dulu.Entah apa agaknya yang memisahkan kitorang. Mungkin masa tu aku sibuk dengan persiapan PMR aku. Mungkin aku tumpukan perhatian aku hanya kepada buku. Mungkin dia pun sibuk dengan peperiksaan akhir dia.Mungkin kami sama-sama sibuk.Makin lama makin jarang kami berhubung.Makin lama hubungan kami makin jarang. Eh, ayat apakah ini ? Tapi bila PMR menjelang, aku akan teringatkan dia. Mana tidaknya semua barang-barang yang bawa masuk ke dewan peperiksaan adalah hadiah pemberiannya. Kadang-kadang hingga aku tidak begitu khusyuk hendak menjawab peperiksaan itu.
Semakin lama , kami lost contact . Walaupun sering berjumpa di sekolah, tapi berat hendak berkata-kata.Mungkin aku terlalu sibuk dengan buku-bukuku. Ataupun aku terlalu sibuk dengan kawan-kawan silat.Mungkin aku sibuk dengan tanggungjawabku sebagai pengawas. Ye, setahun selepas itu,aku dilantik sebagai pengawas. Begitu juga dengan dirinya. Dia dilantik menjadi pengawas perpustakaan.Walaupun aku ulat buku, tidak lah seberjaya dia menjadi pengawas perpustakaan. Hanya doa yang mampu aku hadiahkan buat dia.Walaupun rindu sering bertamu di hati kecil aku ini,namun cepat-cepat aku kunci kembali hati ini agar tidak menganggu kosentrasi nya yang akan menghadapi PMR tahun ini.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Deringan pesanan ringkas mengejutkan aku dari lamunanku. ‘Ah, kacau daun betul’. ‘Maxis pulak tu’ . Aku memandang ke langit. Hai, betapa indahnya kalau adek ada kat sini. Teman akak.Akak rindukan adek sangat-sangat.
Adek, terima kasih atas cerpen ikhlas adek tu.Akak hargai sesangat.Adek ingat pesan akak, adek kene jadi budak baik, belajar rajen2,. Kalahkan keputusan akak.Akak nak tenguk adek Berjaya.Kalau akak kelas kedua boleh kalah kan kelas pertama, kenapa tak adek ? Akak nak akaklah orang pertama tahu keputusan PMR adek, boley ? itupon kalau akak masih ade lagi lah kan.
Adek,maafkan kesalahan akak selama ni.Mungkin masa kita ‘berperang’ masa tu, akak berkasar dengan adek.Maafkan akak sebab terus Lost contact dengan adek, maafkan akak dek. Akak sayang kan adek, seriously akak terlalu sayang kan adek. Terima kasih pernah jadi sebahagian daripada hidup akak dulu.
Akhir kata , to : Munirah Ezzaty binti Rosli, I Love u very much, dear. Do the best in PMR. Give the best result for me. Fight for PMR. Be a good person.Be the best student.Love u Lot’s. J
To : Munirah Ezzaty binti Rosli
From : Sufinasuha binti Aminurrahman
Comments
Post a Comment