Syukur Ya Illahi

          Assalamualaikum..

          Maaf , tangan tengah ligat nak menaip. Mengikut pesanan pakar , kalau dah tengah ligat . Mesti kene coretkan . Jangan simpan . Memudahkan segalanya . Takdelah stress + depressed mcm selalu. Cuma hari ni cuma nak cerita yang ringan ringan saje.

          Alhamdulillah , syukran ya Illahi. Berkat doa usaha tawakkal , akhirnya badan dapat berfungsi dengan baik lepas rawatan semalam . Tau tak ? Betapa seksanya sebelum ni . Mcm mane rasa peritnya menangung kebodohan tu bila cikgu explain everything aku tak faham satu bende pon . Nak eja pon terkedek kedek. Sedang hanta mesej pon typo ! Tau tak ?  Rasa seksa tu hanya aku je yang rasa, sakit . Bila semua orang jawab kuiz math dengan yakinnya. Tapi aku satu pon tak boleh buat. Tau tak ? Perit bila semua orang bincg pasal kerja sekolah. Tapi aku tak mmpu buat satu kerja pon . Otak ni tak dapat berfungsi dengan baik ! Tau tak semua tu ? Rasa lost. Rasa give up . Rasa nak berhenti. Mcm takde life !

        Tapi , alhamdulillah . Lepas rawatan . Aku mampu kembali fokus . Kembali ke landasan yang betul . Tadi ade kuiz acc dan bisness. Masya Allah . Selama ni aku tak mmpu baca pon soalan . Harini , aku dapat jawab dengan baik. Ye, tak delah baik sangat. Asalkan atas usaha aku sendiri. Aku tak tengok fone . Hahaha. Mcm selalu buat kan ? eh , takdelah. Kuiz acc pon same. Hampir 90% aku jawab baca soalan dengan betul , jawap soalan dan mampu tafsir semua soalan . Tak payah susah hati tenguk kawan lain dah laju jawab. Takde rasa nak nangis mcm jawab kuiz math haritu. Ya Allah. Begini rupenyer nasib org org yang dikurnia akal yang sedikit lemah. Sakit dan perit ! Biarkanlah aku sembuh. Jangan kau tarik nikmat ini Ya Allah. Tak mampu lagi merasa kepedihan selama ini..

          Walaupun takdelah hampir 100% berfungsi . Tapi setakat boleh baca , tulis , faham , dan selami apa yang cikgu ajar . Cukup. Cukup bersyukur .Ye , waktu kuiz acc , memerlukan beberapa minit sebelum boleh jawab dengan pantas dan betul ! Huhu. Kuiz bisnes pon . Terpaksa perah idea dan keringat ni . Takpe, asalkan mencuba atas usaha sendiri okey sayang :) Sikid sikid . In Shaa Allah , Lepas ni , bolehlah menghafaz alquran :) Huhu.. Impian . Moga diperkenankan .

          Dahlah . Dah nak masuk solat zuhur. In Shaa Allah , jumpe lagi lepas ni . Nak siap siap pergi kuliah eko . Nak guna nikmat yang Allah dah beri :') Allahu. Besar sungguh nikmatmu yang satu ini. Mudah mudahan Allah redha dan berkati . Baiklah . Saya pergi dulu. Assalamualaikum :')

Comments

Popular Posts