Sastera Dan Amanat Mahaguru
Amanah Arwah Dato' Meor Abdul Rahman
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.

Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.
SAJAK GAYONG
Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia; Kerana wajib telah ternyata, Segala perbuatan mahulah diserta.
Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia; Rahsia tersimpan di purbakala, Ilham menyusun zahir semula.
Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri; Agama yang mulia junjunglah tinggi, Belalah bangsa, adat dan negeri.
Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru; Sama sendiri bantu membantu, Selamat sejahtera hajat dituju.
Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi; Keris dihunus, dipegang, dijulang, Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti; Keris kuhunus langkah kumula, Bangsa Melayu sudah terpuji.
Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna; Kembali Gayong kebudayaan asli, Di Tanah Melayu hulubalang tua. |
Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga; Niat derhaka kepada rajaku, Taming menyerah keris pusaka.
Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa; Hidup kembali kebudayaan bangsaku, Tidak Melayu hilang di dunia.
Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa; Kalau diguna akal bicara, Kebudayaan Melayu subur semula.
Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi; Umat Melayu menjunjung tinggi, Akhir hayat tidak dilupai.
Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri; Pemuda-pemudi harus pelajari, Agar Gayong kekal abadi.
Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru; Taat setia untuk mengaku, Supaya menjadi lambang Melayu.
Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara; Supaya digiat taat setia, Amanah guru harus dijaga. |
PANTUN RAHSIA GAYONG
Anakku Anak Ibumu:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki; Berguru kepalang ajar, Alamat binasa badan sendiri.
Mendaki gunung meredah lurah,
Mencari ramuan pengubat hati; Ilmu GAYONG bukannya mudah, Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati,
Beranyut ke hilir panduan resemi; Seni turunan wali kesakti, Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi,
Lenggang bertapak seni memandang; Menjaga air mengawal bumi, Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa; Tegap menapak teguh menjulang, Hanya sujud ke hadrat yang Esa. |
SERUAN KHAS ARWAH
DATO' MEOR ABDUL RAHMAN
Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala; Sebelum ajal berpantang maut, Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja; Bangsa Melayu tidak terpusing, Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara; Wahai pemudi juga pemuda, Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah; Kalau kata sudah dikota, Pantang Melayu menyerah kalah. |
Comments
Post a Comment