Appointment dah dekat !!!
Hi sebenarnya penat sikit, lepastu rasa lambat start untuk appoinment. Risau tak sempat siap sebenarnya. Sebab ubat pon dah nak habis. Bulan ni kene pergi hospital 2 kali. 1 untuk mintak ubat lagi seminggu. 2 untuk appoinment dengan doktor pakar.
Dah tulis banyak part dah. Tapi rasa cam buruknya, nak guna laptop ke eh. Tapi kalau guna laptop, doktor biasa suka yang kita lukis dan tulis berbanding laptop lah. Yelah bukan pensyarah kan ahahahahhaa
Tapi kerja sekarang maha dasyat penatnya. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah beri dan buka peluang untuk kami. Walaupun 2 hari ni rasa tak tenteram sebab kene maki ngn customer 🫠Tapi adatlah kita pon manusia, kadang tak leh kawal pon apa diorang nak buat. Diam je lah kene maki depan orang ramai.
Ketahuilah, kadang g kedai makan kan, nmpak lembab ke lambat sampai, kadang ada masalah yang tak dapat dielakkan. Kang terbako kedai sebab nak laju2 susah jugak. Macam gas tempat air haritu hampir2 meletup, kene settle dulu. Hah banyak nak explain, tapi tidaklah eager nak explain kat orang pon. Sebab tahu takkan paham pon.
Tolonglah doakan seketul Sufinasuha kuat, tabah dan berjaya harungi liku liku kehidupan. Lagi lagi nak appoiment ni makin gelabah lah pulak tinggal 14 hari je 😠Ceh padahal selama duduk uni selalu je hntar assignment last minute. Lecturer suruh hantar pukul 12, 11.59 aku anta 😂
Maafkan saya cikgu, memang saya sejenis otak last minute baru ada idea muahahahaha okeylah. Goodluck sufiii, take it easy okey. Kalau push push pon susah jugak untuk kawal. Kang lagi terok jadinyaaa.
Love you always, Sufinasuha ✨
Comments
Post a Comment