Tiada tajuk
Tak tipu. sekarang simptom semakin terok. dada masih tetap berombak laju. tetap tidak boleh bernafas secara helok. kalau takde kipas boleh terbalik mejaaa. i dont want to lose control. nothing can i do anymore. tidur masih macam biasa, kehidupan juga mcm biasa.
Tiada apa yang berbeza kecuali cengkaman didada semakinnn kuat. macam batu besar sedang diletakkan di atas dada. tiada siapa yang dapat bantu mengalihkan. Harini turut hadir rasa ngilu ibarat pisau sedang menikam nikam dada. kalau tak boleh control, boleh pitam dan admit ward mcm dulu. Makan tak skip, ubat tak skip air pon tak skip.
Badan semakin membongkok. Apa beza ? bila membongkok biasanya sakit semula macam dulu. tak tahu teori tapiii bila membongkok sebab menahan sakit. sakit apa tak tauu. semoga yang baik baik saja untuk saya. tak nak cerita ke sesiapa. sebab takut semua risauu. lagiponnn mcm dah ready untuk hilang ingatan semula, mcm tak biasa kan ? tapi in shaa Allah kali ni tidakkk. walaupun banyak kali say begitu.
Mungkin aku takut sangat kot nak sambut puasa dan raya. maaf aku anak yang sial. masih tak boleh bertahan untuk balikk. rasa sakit entah apa diri sendiri tak bisa dipujuk lagi. Demi Allah aku dah cuba banyak bende. alihkan bilik. hias bilik. cuba balik untuk sekejap2. tapi sakitnya luar biasa. maaf sangat2 sebab jadi mcmni, i wish someone can hold me tight and be there for me temankan kat rumahh supaya aku dapat bertahan di rumah lebih lama.
Sedangkan tiada dosa orang dirumah. cuma aku yang selalu terpempan. rasa nak bawak pskilogis aku ke rumah untuk tengok why aku mcmni ? aku sendiri belum ada jawapan. rajuk kah ? marahkah ? sakitkah ? apa ada dalam diri. sumpah aku tak tahu. dan aku percaya diri aku dah sekuat habis untuk stay kat rumah tapi tak boleh. makin stay makin terok. cukuplah last time balik, aku terus dirasuk hebat dan hampir loncat di jambatan, akak datang selamatkann.
Demi Allah aku tak tipu. sekujur badan aku hebat menggigil di hadapan jambatan itu, meninggalkan wasiat pada akak untuk akak meneruskan amanat aku. Nasib baikk, aku dah bagitahu akak. kalau aku nak bunuh diri di mana tempatnya. Akak cepat2 drive ke tempat itu dan heret aku masuk dalam kereta. masatu barang2 peribadi dah aku siapkan di tempat penumpang kereta seakan akan bersedia.
Demi Allah jugak hati aku tak siap untuk dihukum Allah selama lamanya di neraka, aku diheret dengan perasaan entah apa. Mungkin yang membaca rasa mcm drama kan ? aku pon ketika waras begitu. tapi semasa tidak waras aku juga takut dgn diri sendiri yang begitu nekad untuk menghabiskan nyawa. aku pon trauma dgn diri sendiri smpai akak tidurkan akuuu, demam menggigil sebab nyawa di hujung tandukk. kami tinggalkan kereta aku di situ, supaya akak boleh bawak aku balikk. itu je aku ingat. selebihnya entah apa jadi.
Allah masih selamatkan aku dari neraka yang selama lamanya. cuba kau bayang. kalau aku teruskan dan aku disiksa lemas selama lamanya dalam neraka, kau tak rasa bnde ni cam bodoh gila ? ye aku tak bodoh, kami tak bodoh untuk tahu dosa pahala. cuma waras tak waras aku tak boleh lawan. kalau tak kenapa aku menggigil hebat malam itu ? sampai lutut aku jatuh ke tanah masa akak tepuk2 muka aku. aku menjerit ketakutan peluk akak. akak terus tarik masuk kereta. heret aku masuk bilik dan terus baringkan serta selimutkan supaya aku bertenang. akak terus paksa aku tidur. aku menangis teresak esakk sebab takutkan kematian.
Aku ada rakam, dalam bilik kat rumah dan dalam kereta. kalau lah satu dunia tgok diorang akan cakap, mcm mana boleh rakam ye time2 mcmtu. hello kami dah zaman moden, kalau bende2 helok pon rakam, bende2 cmni pon kami smpatkan rakam sbb nak tahu apa jadi. tapi tulah untuk tgok semula aku sgt2 lah takut, sampai harini masih belum tgok rakaman tu, sebab aku rasa, terus terlupa, lepas rakam terus kejadian tak diingini berlaku. aku cuma berlari ke tempat selamat.
Jadi bila aku dengar berita2 kematian bunuh diri, aku tak pernah judge. sebab cara kematian dia kita tak tahu sama ada masatu dia sedang berjuang ke tidak. kau berani tak bunuh diri ? cuba bayangkan je kau nak buat bende tu mesti dah takut. apatah lagi mereka yg dah berjaya. bukan lah aku menggalakkan bende ni, cuma aku nak satu dunia tahu yang 'kami' bukan buat bende ni sebab drama nak org selamatkan dan sebagainya, tak weh. even aku pon tak pernah rasa nak bebankan akak, malah kdg aku rasa bila aku bebankan akak, aku nak pergi jauh2. bukan juga untuk dptkan perhatian kekasih dan sebagainya tidak.
Budak budak yang mengikut trend barcoder pon aku tak faham. barcode tu untuk menggantikan sakit yang bukan kepalang yang kami rasakan. tapi bukan lah untuk mendapatkan perhatian sungguh. tapi sebab kadang2 ada yg buat mcmtu, mencemarkan nama baik kami. kau baiklah sikit dengan kami, dahlah sakit, kene hadap lagi netizen2 yang judge kami mcm apa. berikanlah sokongan, kata2 bermakna yg boleh mengubah rasa sakit mereka kepada bende lain.
Aku bukan cakap sebab nak membenarkan barcode tu, aku sendiri pernah mencuba tapi tak kuat sebab aku ada personality yang amat sayangkan diri sendiri. calar sikit je mampus aku kene menjawab. Tapi aku memahami semua tu. apa yang mereka alami, rasa sakit itu dipindahkan dengan barcode. sebab, bende tu je yg lebih sakit dari sakit berpunca dari otak.
Tiber aku merepek sampai bende2 gini kan, tapi begitulah. Andai suatu hari nanti nama aku termpangpang menghabiskan nyawa sendiri percayalah aku bukan jenis yg mudah putus asa. aku kuat berjuang bertahun2. tak mudah untuk berada sampai saat ini. jadi kenapa aku nak bunuh diri ? mungkin masa tu aku dirasuk akal ketidakwarasan dan doakanlah aku diampunkan Allah. sebab aku hidup jua atas belas ikhsan Allah. Dia yang menjaga ku seutuhnya. jadi kepadaNya jua aku berserah hidupku matiku.
Bercakap pasal mati cukup mengujakan sebab aku rasa thts the end for me,tapi bukanlah dengan cara memurkakan Tuhan. biarlah aku diambil pulang kepada Allah seperti mana Allah menghidupkan ku. dan bukanlah dunia menjadi tujuan. Tuujuan adalah di akhirat nanti. Semoga aku diampunkan Tuhan. Allah amat menyayangi aku dengan mengahdirkan berbagai ujian dan penyakit seumur hidup, kan ?
Ya Allah hanya kepadaMu aku berserah. Hidupku, sakitku, penyakitku dan segala galanya. Hanya kepada Engkau aku mngadu sakitku, susahku, deritaku dan masalah2ku. Ringanlah apa yang aku rasaa, semoga semua ini berlaku untuk mengecapi kebahagian di akhir nnti. Aamiin. Jika tidak di dunia, semoga di syurga nnti.
Love,
Sufinasuha
Pendosa tanpa Noktah
Comments
Post a Comment