Sukan Dalam Masakan !
Nota Kerja hari ini
Big mistake
❌ Kedudukan tempat pemotong terlalu pendek ( postur yang tidak sesuai)
kesan : Sakit pinggang, lutut yang koyak boleh sakit balik sebab menahan.
❌ Tak bukak kekuda (Lagi2 nasi goreng)
Kesan : Tekanan akan diberi pada tangan pinggang sebab kaki tak support. Kekuda dibuka selebar bahu. tak perlu bengkokkan sebab kuali pendek.
Doa sebelum masak
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَاجْعَلْنَا مِنَ الشَّاكِرِينَ
“Allahumma barik lana fima razaqtana, waj‘alna minash-shakirin.”
“Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami, dan jadikanlah kami dalam kalangan orang yang bersyukur.
Doa semasa nasi goreng (Al-ikhlas sekali)
Tempoh menggaul lama,
3 teknik utama yang membezakan setiap nasi.
Bubur
(Doa untuk kak rai cepat sihat)
Tempoh masak lebih banyak
Lauk2 (Selawat 3 kali)
Tempoh masak lebih sedikit
Sayur (Selawat 1 kali)
Tempoh masak paling cepat
Tomyam : Surah al insyirah
Tempoh mendidih lama, semasa proses memotong sayur boleh baca sampai siap. Kegunaan, untuk melancarakan urusan, melapangkan dada, menguatkan semangat bila penat, menarik keberkatan.
Sup ayam, campur, daging.
Surah al insyirah (Tempoh didih lebih lama) Sama macam tomyam semasa potong sayur baca sampai siap dicedok.
Sup tulang/Gearbox - Ayat al baqarah 285-286. Amanarasul (Tempoh mendidih sangat lama sebab gearbox dan tulang perlukan masa untuk mencair dan masak semua daging disitar. Boleh pusing2 kali ayat.
Teknik Sukan Dalam Masakan.
*Masakan western*
1. Badminton: Untuk Pergerakan Pantas dan Seimbang
Sila gunakan prinsip langkah kaki dalam badminton bila berada di dapur panas, terutamanya bila perlu kawal tiga kuali serentak. Dua kuali menggoreng dalam minyak panas dan satu lagi untuk membakar chicken grill dan lamb chop. Langkah kaki badminton untuk :
• Bergerak cepat dengan kestabilan badan. Selesakan ruang di dapur.
• Elak daripada berlanggar dengan staf lain. Lagi lagi bila tengah angkat chicken chop yg panas, mata sentiasa peka dengan staff lain.
• Sentiasa sedia tukar arah bila ada pesanan masuk bertubi-tubi. Kita masak bukan masak sahaja, chef western perlu platting sekali sebab masa menunggu kuali sangat lama, boleh gunakan masa terluang dengan bantu pembantu platting.
• Guna otot kaki dan pinggang untuk kekalkan keseimbangan bila kerja banyak serentak. Sentiasa fikir next menu supaya cepat dan tidak perlu menunggu lama untuk platting.
Dapur bukan tempat yang luas, jadi keupayaan untuk bergerak pantas dalam ruang sempit sangat penting dan lebih selesa guna teknik badminton.
*Masakan Panas*
Badminton tak sesuai untuk masakan panas. Sebab kita fokus pada satu menu dan perlu siap bawah 3 minit. Dan langkah kaki juga tidak banyak. Lebih fokus pada bahagian tangan bahu pinggang. Jadi saya lebih selesa guna teknik tennis.
2. Tennis: Untuk Genggaman Kuat dan Kawalan Kuali
Bila bekerja di bahagian masakan panas, saya anggap kuali saya seperti raket. Teknik genggaman ala tennis forehand sangat membantu waktu:
• Angkat kuali besar atau berat
• Kawal tekanan semasa mengacau makanan berkuah atau berat
• Elak tangan cepat lenguh atau cedera otot kecil
Tennis juga ajar saya tentang disiplin pergelangan tangan, pembahagian tenaga, dan menggunakan kekuatan dari bahu serta lengan, bukan sekadar jari. Ini bantu untuk kekal produktif walaupun perlu masak dalam kuantiti besar dan lama berdiri.
Pengajaran masa main tenis waktu matrik, tersilap pegang hanya pegang satu tangan dan silap teknik. Hasilnya tangan terseliuh beberapa minggu.
Important Notes (Apa yang membezakan kita dengan orang lain)
teknik kawalan pernafasan dari silat.
Bila pegang kuali berat atau tengah rushing dengan banyak pesanan, latih diri untuk bernafas dalam-dalam, kawal tempo, dan selarikan nafas dengan gerakan, macam mana pesilat kawal rentak semasa bertarung. Kalau biar nafas jadi laju tak terkawal, cepat sangat rasa semput, panik atau hilang fokus. Tapi bila guna cara pernafasan silat, tenang, stabil, dan ikut aliran kerja. Kesan boleh kekalkan tenaga lebih lama dan buat keputusan dengan lebih tenang.
pernafasan ialah senjata diam dalam dapur. Ia bukan sekadar untuk elak penat, tapi juga untuk jaga emosi supaya tak cepat meletup atau tegang bila pelanggan banyak kerenah atau pesanan bertimpa-timpa.
*Apa nak buat bila semput/anxiety?*
Tundukkan badan sambil lap meja. Tarik nafas dalam dalam. Guna teknik pakar ajar deep breathing , 4-7-8 4 tarikh 7 tahan 8 hembus. Buat sampai ok.
Fokus untuk siapkan order, bukan fokus pada pelanggan yg marah. Tenang tarik nafas dan teruskan.
Sentiasa minum air masak yg cukup. Kalau sakit pinggang buat regangan macam selalu. Jangan panik dan cuti nafas dengan baik.
*Apa nak buat bila kene minyak panas?*
Cepat2 sapu minyak kuning. Dan lepas keadaan reda apply alano supaya tiada parut.
Ps : Pastikan kuali tak berair, panaskan kuali dan hilangkan air baru letak minyak. In shaa Allah minyak tak meletop (extra tips)
*Pakaian*
Lebih elok baju chef. Kalau tak jersy. Jangan pakai sweatshirt atau yg cepat berpeluh. Penting sebab nak masak kene selesa jangan pakai baju sembarangan ! Kalau tak selesa cepat marah dan emosi.
Lebih baik ada kipas, untuk elak semput. Supaya angin tolak asap dari masakan ke luar. (Akak dah letakkan)
Ok siap ! Love you 💪🏻 Semoga dimurahkan rezeki untuk wanita yang berkerja keras demi kluarga 🤲🏻 Semoga syurga buat kita. Aamiin 🤲🏻
Comments
Post a Comment