Anis Raihana Binti Azman

Bismillah, Assalamualaikum. HI everyone, here we go again. Disebabkan aku tak nak lupa insan insan yang aku cintai, kerana Allah. Aku perlu menulis untuk diriku sendiri. Kerana pada akhirnya aku akan mula hilang ingatan. Dan blogger inilah tempat aku menemukan secebis memori memori yang aku tak ingin lupakan.

Harini aku nak cerita tentang kawan yang paling baik, not me yang baik but her. Dia yang selalu menemukan aku bila aku ingin dilupai. Dia yang selalu menemani ketika aku dalam kesulitan. Dia yang tak pernah lupa akan hari hari aku. Dan dia yang selalu membantu aku tika aku dalam kesesatan. Dengan izin Allah, dia menyayangi aku dengan kasih sayang, walaupun aku kadang alpa, terlalu seronok dengan dunia aku sendiri. Dia bantu aku walaupun tika itu dia juga lelah dalam perjuangannya sendiri.

Aku masih ingat, bagaimana dia menolak aku untuk pergi iv SMFP. Padahal aku memang culas dan malas hal hal macam ni. lagi lagi masatu aku baru putus cinta dengan insan yang mungkin aku terfikir dia lah paling ku cintai. AKu malas, dann takut. tapim anus tolak aku, tunggu aku dan teman aku masuk dalam iv. Macam seorang ibu yang sabar dengan iv anaknya. Kelakar ? Ye. HIdup aku memang kelakar. selalu membebankan orang, dan selalu menyusahkan mereka. Tapi ALLAH Mahha baik, dia hadirkan anis sebagai sahabat dunia akhirat.

Pnedek cerita aku lulus iv smf. Tapi tidak dia. Kecewa. Sbb dia yang teman aku, tyapi dia tidak terpilih. Dan masatu bukanlah dia yang tak layak. Tapi dia terlalu layak sebab ada dua persatuan yang mahukan dia. Dan masatu seingat aku, dia patah tangan. Soryy aku punya ingatan sangat lemah.

Masa dia patah tangan atau retak tangannya aku tak datang kelas. masa aku tau rasa nak tercabut jantung aku. Dan kesal. DIwaktu dia perlukan aku, aku selalu takde. 

Tapi aku ingat, aku teman dia ke kelas every day. aKu protect tangan dia mcm protect nyawa aku sendiri. Mungkin aku takj pandai menyayangi tapi aku sangatlah kasih pada dia. Dalam keadaan yang berebut2, aku menolak keras semua orang dan mendahului anis, yang sedang melindungi tangannya yang retak.

Long short story, we move on dalam cerita masing masing, sampai aku jadi MPP, tiada orang lain yang betul betul menyokong dengan padu. Tiada orang lain selain anis yang sentiasa mendoakan kemenangan aku. Tiada orang lain yang jadikan aku group dia, supaya anis dapat tolong aku lengkapkan kekurangan aku dalam kerja kerja grouping. Makluman aku memang mengejar duniawi, dan masatu prinsip aku jelas. Nak jadi Ketua Pelajar untuk meneruskan legasi MPP syidah dan MPP syahid. 

Itu yang aku ingat. Sepanjang aku jadi MPP, anislah yang setia membantu aku dalam kekurangan dalam kerja2 grouping. Biasalah busy masa MPP, kadang kadang aku tak datang kelas. Kadang kadang aku terlupa ada kuiz. Dan seperti biasa tiada orang lain yang akan kejut pagi2 untuk bagitahu ada kuiz dan ajar aku before masuk exam. Cuma dia yang buat aku sangat2 terhutang budi.

Disebalik sakit yang aku sembunyikan. Ada seseorang yang memegang teguh dengan aku, ibarat pohon yang mengikat aku tetap bangun walau apapon jadi.

Perjalan aku tidak mudah. lagi lagi digelar ketua Pelajar. Dan Tambah tambah aku sedang berjuang dengan sakit yang aku sembunyikan dari semua orang. 

Tapi Allah hadirkan anis sebagai peneman dan pembantu mengurangkan segala kesakitan aku. Terima kasih anis. aKu takkan lupa jasa jasa kau. Terima kasih Allah. Kau membantu mengurangkan segala kesakitan yang aku lalui.

Aku masih ingat anis, masatu aku baru balik indon. Dan tiba tiba aku sakit parah (Sufinasuha susah nak sakit). Masatu pulak kita praktikal. Masing2 duduk jauh2. Maaf aku lupa kau praktikal kat mana. Tapi aku demam panas yang terok. Sampai nak bangun pon tak boleh. masatu baru balik Uitm Shah Alam. Balik rumah aku pitam. Aku betul2 lupa aku g klinik ke tak masatu, tapi kau tahu aku tak sihat. Dan seingat aku kau hantar makanan kat luar rumah aku. Lepastu aku tak mampu berdiri, tak mampu bangun pon sebab keadaan aku sangat terok. Aku pitam dan aku sorang2 dalam bilik. Memang aku suka sewa bilik sorang sebab aku tak suka menyusahkan sesiapa. Disebabkan kau takut dan risau sebab aku tak amik makanan yang kau beri, kau pon call aku banyak kali, smpai aku jawap dan buka pintu. Masa tu keadaan aku sangatlah lemah. Sampai ubat2 yang ada dalam bilik berselerak dan tumpah. 

MAsatu kau datang dengan fatini. Aku tak larat langsung. Aku cuma baring dalam keadaan yang lesu. Kau datang, kau kemaskan ubat ubat yang berterabut, kau bawak masuk makanan, kau lawat aku. Dan again kau dengan penuh kasih, kau rawat aku. Kau kemaskan bilik aku. Macam mana anis aku nak lupakan kebaikan kau? kau layan aku macam anak, kawan  baik, macam keluarga kau sendiri sedangkan aku tak layak untuk dikasihi.

Terima kasih banyak Anis Raihana binti Azman. Banyak jasa kau sedangkan aku macam kanak kanak ribena yang selalu lupa jasa kau, selalu tinggalkan kau bila aku senang dan kembali memeluk kau bila aku susah. Kejam kan aku.

Aku masih ingat waktu tu, aku ngantok sangat sebab aku ada insomnia. Tak boleh tidur malam. Esok paginya aku barai gila. Masatu aku terlelap di pangkuan kau, cerita2 aku disini. Rasa tak munasabah langsung. Sebab apa kau buat sangat sangatlah baik bagi aku. Sedangkan aku tidak diajar untuk dibelai dan dimanja. Sekali lagi Terima Kasih Anis Raihana.

Ada satu kejadian yang buat kau lumpuh. AL FATIHAH buat Arwah ayah anis yang meninggal dunia. kau anak sulung, dan itu memang buat kau patah. Dan aku jauh. Aku cuma boleh bagi support dan semngat dalam text and call. Masatu kau jadi pendiam, dan kurang bercerita dengan aku. kau ingat Anis ? Masatu convo kita. Aku cari kau sapa kau, sebab aku rindu kau. Lama betul kita tidak bersua. Masatu kau mengelak, dan biarkan sahaja sapaan aku. Kau tak endahkan. TApi disebabkan aku ni adik yang paling kau sayang hahahahaha. AKu kacau kau jugak. aKu mengadu tudung aku tak betul. KAU sekali lagi tetap utamakan aku. Kau betulkan peniti2 aku. Kau kemaskan diri aku. Dan kau sekali lagi layan aku. Aku tahu kau tengah lalui hari yang sukar tanpa ayah kau. lagi lagi kau anak sulung. Aku sentiasa doakan semoga kau terus menjadi tulang belakang keluarga yang paling kuat dan bersemangat. Tanggungjawab kau besar. Tpai kau galas dengan baik. Aku kagum dengan diri kau.

Last cerita. Bende gila yang aku buat. Aku mintak cuti nak jumpa kau without plan ! Aku doa kat Allah nak jumpa kau. Dan kau adalah orang pertama yang aku jumpa out of bende gila yang aku buat. Dengan condition aku yang belum sembuh, aku nak keluar dari comfort zone aku. aKu nak jumpa orang2 yang aku sayang, kau jadi tumpuan pertama anis. Sebab dulu masa aku terkenal chewwaahh. Aku ramai kawan. Selepas habis kegemilangan aku, kawan kawan pon ramai yang meninggalkan. Apatah lagi setelah aku mewar warkan yang aku sakit, semakin ramai yang berlayar jauh meninggalkan aku. AGAIN ! KAU TETAP SETIA DIBELAKANG AKU.

Terima kasih Anis. Dengan kegilaan aku, aku tumpang adik aku yang kebetulan nak balik ke UPM. Mujur UPM dan tempat kau tidaklah jauh. Aku mendarat di tempat kau.

Dan sekali lagi terima kasih sebab aku dapat naik kereta kau ! Ehem kereta baru hahahaha. Masa kita pendek sangat ! Tapi aku seronok macam tiada hari esok. Kebodohan aku keluar bila dengan kau. Kau banyak bercerita tentang kisah kau yang kita tak dapat cerita dalam text. Beban aku masatu jatuh. Rasa dunia ni kita yang punya. Energy kau, diri kau dan KAU. Semua buat aku happy sangat sangat.

Kita pergi mana tu nama dia. Super fun ke ek lupa. aKu tak dapat upload gambar sebab now aku tengah type dalam handphone. Kejap lagi aku upload. kIta main semua bende dan sumpah aku penat HAHAHAHAHA. Aku tak pandai main trampolin. rasa patah kaki aku main bende tu. Tapi kau suka gila main bende tu. Punyalah lasak kita sampai tercabut scarf aku. Dahlah kebodohan aku yang kedua aku pergi pakai baju blouse. sorry sebab dekat tempat kerja aku memang jarang pakai baju sukan. hahahahahaha

Masatu puas jugak kita lampiaskan segala stressss kita. Jerit macam apa sebab takde orang. Segala apa macam dalam diri kita mulai keluar kerana selesa. Kau cakap kat aku, 'weh, harini aku tak jadi diri aku yang selama ni. Habis keluar semua stress aku' and aku bangga pada diri aku sebab buat kau hilang stress.

Walaupun cuma seketika. tak lama kita spent time. tak cukup sebenarnya. Tapi itulah hari yang paling bahagia sepanjang 2 tahun aku dalam rawatan. Energy kau match dengan Energy aku.

Lepastu again kita buat kerja kerja gila kita. KIta main game, tukar tukar hadiah. Tq for the gift. Hari hari aku peluk. Bintang kau aku bawak setiap hari untuk teman diri aku.

I hope i can get more memory with you. Tengah planning nak g escape penang walaupun macam nak tercabut jantung aku tengok permainan permainan dia. Semoga plan kita terjadi Aamiin.

Whatever it is Anis raihana. Tq for everything. Tq sebab menyayangi seketul Sufinasuha. tq for ther memory and tq for the planning. 

Aku tak janji aku akan ingat semua memory kita, tapi aku melunaskan janji dengtan tulis di blog ni supaya aku tetap ingat kau sampai bila bila.

Walaupun kau tak dapat baca tulisan ini, aku sentiasa doakan kehidupan kau dipermudahkan dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab sebab melayani aku dengan baik. Tq jiwa ragaku yang setia disisi aku baik aku dalam keadaan bagus atau buruk. I love you and always will, ANIS RAIHANA BINTI AZMAN.

From Sufinasuha,
Si adik yang annoying#
dan comel :)

Masa kita convo <3

Sorry aku takde gambar kita hang out sebab masatu phone aku rosak, dan iphone. Sekarang pakai samsung z flip, tak connect gambar2 kita sbb masatu simpan kat icloud iphone. In shaa Allah ada masa aku cariii gambar kita dan tampal sini.

Apapon, semoga Allah lindung dan jaga kamu Anis Raihana. Forever sayang kau sampai syurga <3

Comments

Popular Posts