Cik Farah Biu Biu ❤️

Bismillah, assalamualaikum semua. Kembali kita dalam rancangan memenuhkan memori saya sebelum saya hilang ingatan lagi !!!

Hi cik Farah, this is tentang kamu. Sebenarnya tengah blank takde idea. Tapi kene menulis sebelum appoiment bulan 9. Takut terlupa lagi dan tak dapat refresh memory saya.

Macam mana kami kenal, saya terlupa. Tapi cik farah staff uitm, saya pulak MPP Fakulti Pendidikan. Jap macam familar sebutan Mpp fakulti tu. Haha. 

Saya kurang ingat macam mana kita jumpa, macam mana kita selesa to each other. Macam mana kita terlalu rapat. Tapi mengikut ingatan saya yang paling sedikit ini. We both jenis yang suka buat bende sorang2. Contoh movie sorang. So tak tau sapa ajak, kitorg set time p dating. Masatu tengok cerita seram, hero dia syafiq kyle. Cik farah minat kot Syafiq kyle. Lepastu yang kelakarnyaaa, masa tengah mcm ada jumpscare kot, kitorg cam mencarut sambil pandanng each other, Kebodohan saya jugak g mencarut dengan staff uitm. Hahahahaha. Tapi masatu lah yang merapatkan kitorang macam takde bounderies. Ye saya main eja je apa saya nak eja. Asalkan kene. 

lepastu maaf sekali lagi saya lupa, kitorang g mana ke ek, ke lepas tengok wayang tu, kitorang g parking, aku tengok atas, eh bulan ada 5. Rupanya spot light. Hahahahaha that was the moments yang tak boleh lupakan. BOngok sangat bulan ada 5. 

Pendek cerita, sebabkan dulu cik farah pon pernah join MPP, so banyakk jugak cik farah ni tolong saya bahagian2 MPP. i dont know our relationship ni macam apa.Tapi not like staff dengan students, tidak juga sebagai ex MPP penasihat. Tapi mor likes friends yang sama sama gila dan suka buat kerja last minutes.

aKu pernah ingat secebis memori di mana kitorg g healing kat sungai chiling. That was a good memory yang aku tak dapat refresh. Cuma ada gambar. Rasa awful gila sebab aku tak ingat memory tu. Mesti sweronok hang out dengan cik farah, nazimah dan rafeah kot. KOt sebab tak ingat. 

Dear Cik Farah, memori saya tidak banyak. Tapi tidak dengan hati saya. I know you are always with me, sebab aku ada memori yang aku tengah struggle masa MPP, and Cik Farah always advice me not to stress sangat and buat je kerja yang mampu. KIta tak dapat buat semua bende dalam satu masa.

I wish i could have all my memory with you. Tapi lifes go on. Berpisah sebab covid sangat menyakitkan. Sebab kitorang tak dapat wish selamat tinggal pom. Tak dapat hargai our last moments pon. Tau tau kat rumah je. Tapi sampai sekarang Cik Farah, tetap ada dengan saya, support saay even though tau saya sakit. 

THank you sebab semangat kamu tak pernah saya luapakan. Your wise words, your support your character sangat menguatkan saya. Even saya tak nak dah hidup sebenarnya, tapi akan bacca wasap Cik farah dan macam magic words yang menyembuhkan saya. Sekurang kurangnya for a while, dapat bertahan lagi dan lagi.

Memori saya pendek, kita berkenalan, kita keluar banyak kali, hang out bercerita, dan tup tup. Cik Farah dah ada dua orang anak ! Sedangkan seingat saya, masa cik farah dating, cik farah cerita kat saya macam mana cik farah cakap nak balik tak mau jumpa diasebab malu hahahhaa. BUt end up cik farah kata dia lelaki yang matang. im glad you happy dear <3

Sungguh sayang sebab banyak memory saya tak ingat, tapi kau kene ingat ni Sufi. Saat orang lain tinggalkan kau, hina kau, jijik dengan kau, tolak kau jauh jauh, Cik Farah satu satunya yang kau nampak di hujung jambatan yang gelap. pegang lilin, sambil hulur tangan. Mulutnya menyebut, 'Maju sufi, teruskan langkah'.

GInilah hati tisu, nangis tau aku taip ni. I run into her hugs dan menangis sepuasnya. Walaupun ini cuma bayangan, tapi inilah yang berlaku sekarang. Aku jatuh sejatuhnya, jatuh tersembam yang orang cakap sepatutnya  terus mati. Tapi sikit demi sedikit, aku dapat bertatih, berjalan dan kemudian berlari dengan sokongan cik farah.

Dear Cik Farah, walaupun kamu tidak dapat membaca pon blogger ini, saya harap kamu sentiasa sihat, bahagia dengan family kamu dan sentiasa kuat sampai bila bila. Dan walaupun kita tka jumpa di dunia, saya harap kita bertemu di syurga. Carilah saya kalau saya tiada di syurga kelak.

Adui air mata ni. sedih betul kalau pasal cIk Farah. Saya sayang cik farah sangat sangat. Walaupun saya lupa memori, tapi perasaan ni terlalu dalam ! Takut kehilangan kamu. Jap bagi habis nangis dulu hahahha

Cik Farah, i dont know saya pernah ke tak cerita pasal saya. Tapi saya dari broken Family. Sangat sakit untuk berjalan di dunia ini. macam jalan atas duri. Say a sembunyikan berttahun tahun, even masa di universiti saya pernah lakukan cubaan suicide. And i meet you ! Saya pernah berdoa sungguh2 pada Allah, saban malam pada 2016. Waktu Matrikulasi. 

Doa saya, "Ya Allah, andai penyakit aku tiada kesembuhan, sekurang kurangnya Ya Allah, kau kurangkanlah sakitku, Temani lah aku sepanjang berjuang. Ya Allah, satukan kembali keluarga ku, bahagiakanlah mereka, satukan jiwa mereka''

Setiap sepertiga malam saya menangis hanya untuk doa itu. Mungkin kamu hadir dalam hidup saya sebagai jawapan doa doa saya. Walaupun doa saya dimakbulkan harini, saya bersyukur adanya cik Farah dalam perjuangan saya. Terima kasih Cik Farah.

Saya mintak maaf sebab selalu ganggu masa kamu, selalu susahkan kamu, selalu manja dengan kamu dan selaluu ajak kamu lepak bila saya tengah stress. Terima kasih ebbanyak sebab hadir dalam hidup saya. Ketahuilah cik farah, saya taip sambil nangis hahahahaha. How hard i love you, Lillah kerana Allah Taala. 

Andai Cik Farah baca masa saya masih hidup, go textt me now and said ''Hey, i know your seceret!!!''. If kamu baca time saya dah tiada di dunia ini, maafkanlah saya, kenanglah saya dalam doa doa cik farah dan ketahuilah saya sangat sayang cik farah. Apapon sebab saya tiada nanti, adalah takdir yang terbaik dari Allah dan ketahuilah, perjuangan saya yang menyakitkan telah habis. Kini saya berehat di alam sana sama ada dihukum, atau bersama orang orang yang beriman. Tolong doakan saya dengan tulus agar saya selamat siksa kubur dan nyaman di alam sana. Jumpa di syurga Sayangg.

Saya takkan share link blogg ni dan sengaja saya letak nama blogg yang susah supaya tiada siapa jumpa laman blog ini. Tapi saya harap, kalau jadi apa apa kat saya, kamu dapat baca nukilan khas dari saya ni. 

Terima kasih orang baiik,
Saya sayang Cik Farah
Semoga kamu sihat sentiasa
Bahagia ceria
bersama sama askar2 kamu.

Saya sayang cik farah sampai akhir nafas saya. Disambung pula di akhirat nanti, sampai kita berbahgia di syurga nanti.

Love,
Sufinasuha
Adikmu yang cakap bulan ada 5,
Kawanmu yang menyayangimu kerana Allah,
sahabatmu yang selalu down dan sakit,
Mpp yang mencarut maasa first time kita dating,
Dan, sufi yang sedang berjuang dan dibantu oleh kamu.

TERIMA KASIH CIK FARAHH !!!


Tak ada gambar kita 😭 Sebab hp dan laptop rosakk. Ada ss ni je di mana saya menyibukkk tarik cik farah join saya hahahaha


Ni dari ig Dr Ani, hahaha kantoi cik farah letak gambar saya belakang phone 😂 Camne ntah ek saya yang bagi ke masatu tengah buat apa ntahh hahahahahaha

Comments

Popular Posts