Aku yang salah 😓

Ada satu bende yang aku pendam sejak dulu lagi.

Hal keluarga yang aku simpan ketat2, untuk tidak dibuka.

Dulu aku fikir, kenapa aku sendiri tak nak hapuskan semua memori jahat. Kenapa aku asyik teringat2. Kenapa aku masih memaafkan.

Rupanya aku lah, yang sangat menyayangi mereka.

Why aku nak survive alone ? Why aku depresssed gila masa dapat tahu aku ada boderline ?

Sebab aku tak nak mengaku aku ada broken home. Aku tak nak mereka dipersalahkan sbb aku sakit. Aku tak nak orang anggap mak ayah aku, jahat. Sebab nyatakan mereka bukan begitu.

Boderline personality disorder, punca paling utama adalah diabaikan oleh satu parent atau kedua duanya sekali.

How about them ? Tak sedih ke bila diorang dengar dan faham ? Tak kecewa ke bila aku tak bahagia dan akhirnya sakit ?

Aku cuba untuk tak bagitahu, sesakit mana aku tahan. Supaya mereka tidak risau, dan tidak pula menyalahkan diri.

They struggle you know. Bukan mengabaikan aku. Cuma aku je tak faham, apa yang mereka cuba fahamkan. Their attention, untuk adik beradik yang lebih banyak ada masalah.

Why me ? kurang bermasalah. Punyai sifat yang kuat, berdikari. Bangun g sekolah tak perlu dikejut. Baju tak perku digosokkan. Mak bangun tidur tau tau aku dah ke sekolah.

Pandai belajar dan bersukan. Jadi mereka anggap aku baik baik sahaja. Sebab aku pandai bergaul di sekolah. Pandai bergaul dengan cikgu2. Dan aku jarang ada masalah disiplin. Jadi mereka bukanlah mengabaikan aku.

Tapi mereka sedang sukar untuk membentuk peribadi adik beradik yang lain. I know, bukan senang jadi parent. Aku belum kawen, belum ada anak. Belum ada ujian dengan keluarga kecil.

Jadi aku sentiasa memahami Mak Abah. Their decision. Cuma bila masalah yang ditekan ke anak yang mandiri dan dipercayai kuat, aku telan dan asakkan jauh dari sudut hati.

Jadi mereka tak pernah salah. Aku yang salah. Aku yang salah pilih kawan. Aku yang pilih untuk run away dari rumah cara baik. Kerja kerja dan kerja.

Aku yang pilih untuk tidak berkomunikasi. Aku yang pilih untuk tidak bercerita. Aku yang susah. Aku yang salah.

Mak trying so hard untuk aku. Faham aku. Sampai mak pernah bagitahu sarah untuk jaga aku. Sebab aku anak yang susah diandalkan. Susah untuk luahkan emosi.

Mak tak pernah salah. Mak sentiasa menyayangi aku. Tapi aku tak biasa dipeluk, aku yang tak pernah nak faham physical touch. Aku yang sentiasa mengelak untuk dimanjakan.

Abah tak pernah salah. Abah yang sentiasa berbicara lembut. Sentiasa membela aku. Sentiasa memuji aku. Abah sentiasa menyelesaikan masalah dengan berbincang. Aku ikut perangai abah. Abah terlalu baik dengan aku.

Cuma, they struggle. Mereka tidak abaikan aku. Aku yang mengabaikan diri sendiri. Aku yang berlagak kuat dan berusaha memeluk diri sendiri. Aku yang menahan rasa bertahun2, sambil tunjukkan mereka aku baik baik saja.

Jadi. Salah siapa aku sakit ? Salah Tuhan. Tidak. Allah tak pernah salah. TakdirNya sentiasa baik baik sahaja. Sedangkan peribadi dan personaliti aku bersama kawan2 juga disenangi ramai kerana aku faham perasaan diabaikan. Aku faham perasaan tidak disayangi. Aku faham sangat perasaan bersendirian.

Aku serba salah sangat menderita penyakit BPD. Bipolar tu boleh faham lagi. Tapi BPD dari punca je kau tahu, dari family. Aku sangat2 rasa serba salah.

Maafkan aku, sebab aku yang salah ❤️

Comments

Popular Posts