Surat dari mun ✨
"Kak,
Walaupun kita dah lama terpisah, terputus hubungan tapi aku tahu
kau wanita yang sangat kuat.
Daripada kecil kau diuji tapi kau masih berusaha untuk menjadi yang terbaik pada semua.
Sakit yang kau dapat itu adalah tanda kasih sayang daripada Allah.
Setiap penyakit itu kan ada ubat kecuali mati.
Waktu sakit ini, Allah bagi kau rehat.
Dari dulu aku perhatikan kau kak.
Kau sangat aktif! Kau buat yang terbaik untuk diri kau.
Aku bangga dengan kau kak.
Apa je kau tak sapu semua kalau boleh kau nak bolot. Hahaha
Kau jadi diri kau tapi kadang kau terabai untuk sayang diri kau.
Sebabnya banyak pihak untuk kau jaga hati."
"Kak,
Banyak yang kau pernah rasa kehilangan tapi kau masih kuatkan!
Banyak yang kau dah tempuh kak tapi kau masih kuat!
Dan aku pasti mimpi yang kau inginkan itu pasti kau miliki!
Dulu kau suka sebut perkataan Qowiy padaku.
Kini aku nak kau jadi kuat dan serahkan pada Allah segala urusanmu
Jalani hidup dengan apa yang kau mahu dan inginkan seperti
SEINDAH MIMPI PELANGI"
"Kak,
Aku minta maaf sepanjang perkenalan kita ada kekurangan dan kesilapan dalam perhubungan kita.
Terima kasih kak kerana menjadi orang yang penting dalam hidupku.
Terima kasih kak untuk semua cerita yang kita ukirkan bersama.
Terima kasih kak untuk setiap kata-kata yang kau ukirkan.
Aku tak pernah lupakan kau walaupun nampak macam aku tak endahkan kau.
Aku tak nak terlalu rapat sangat sebab bila rapat untuk berjauhan itu amat perit.
Aku tak sanggup lagi untuk merasai sakit yang pernah ku alami dulu."
"Ada rezeki, kita berjumpa ya kak.
Walaupun dekat tapi Allah belum izinkan untuk berjumpa dengan kau kak.
Jaga diri okay! Sayang akak selamanya 😊"
"Aku nak Sufinasuha yang ting tong macam dulu! Sufinasuha yang tak kesah apa yang terjadi.
Aku nak Sufinasuha yang ceria dan happy sentiasa.
Walaupun aku tahu tak mungkin sama sepenuhnya tapi
aku nak kau ukir senyuman sampai kau penat nak senyum lagi.
Masatu aku tahu apa jua ujian datang, kau tetap ukir senyuman dan lalui dengan hati yang terbuka.
Bila kau sedih muka kau serius buruk Sufi, jadinya kau kena tetap senyum ok!
Kalau kau sedih memanjang macam mana nak dapat macam yang kau inginkan
SEINDAH MIMPI PELANGI SUFINASUHA AKAN HADIR DALAM HIDUPMU!"
"Walaupun kita berpisah sekali pun atau tak akan berjumpa sekalipun, aku tetap nak cakap yang kau masih seseorang yang istimewa dalam perjalanan hidup aku P. Jaga diri dan kesihatan kau! Terima kasih selalu ada untuk aku dulu kak P walaupun aku rasa macam aku yang terhegeh-hegeh dekat kau. 🤣🤣 Wish you all the best for your future!"
Comments
Post a Comment