Hi Syafiq Shah Darwish π
Assalamualaikum awak.
Maaf sangat2. Saya pernah berjanji nak wish birthday awak tiap2 tahun. Berapa hari bulan ? Tak ingat.
Tapi saya rasa last saya wish 2019 something. Post status.
Itu je saya ingat. Selepas dari tu saya lost memory. Dan lost awak.
Saya baca balik blog ni. And the reason why saya ada acc twitter sebab awak letak gambar saya dekat twitter awak. Walaupun masa tu saya sangatlah kebudak budakan, but idk why dalam blog ni semua pasal awak.
Menurut apa yang saya baca, dan ingat. Awak sentiasa baca blog saya before meninggal. Dan berapa lama kita kenal atau berapa tahun atau apa yang kita borak saya tak ingat.
Saya jenis yang takkan tulis tentang orang kalau betul2 orang tu tak sentuh hati saya.
This post bukan untuk mengembalikan cinta monyet atau hati saya untuk ajnabi. Tapi untuk menghargai awak yang buat saya semangat menulis.
Maafkan saya sebab saya hilang ingatan dan terus melupakan awak.
Apa yang saya ingat selepas baca blog ni, nama awak dulu tak pernah padam dalam doa saya. Every years.
Hari jadi awak saya tak pernah tak wish. Sampai lah kejadian yang saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh hilang ingatan.
Saya mintak maaf kalau kalau kita pernah bergaduh dan katanya dalam blog ni saya block awak dan marah sebab apa tak tahu.
Whatever the reason is. Terima kasih pernah hadir dalam hidup saya walaupun sekejap.
Saya membesar dengan tidak mempunyai sesiapa untuk meluah. Dan salah saya mencintai lelaki selain keluarga sendiri yang terang terang haram.
Saya mencari perhatian dengan bercinta. Dan akhirnya awak pergi meninggalkan dunia.
Terima kasih shah. Password satu platform awak ni dan password laptop saya ada nama awak.
Buat saya sangat terkejut. Dan pelik. Ingat kan sebab nama saya atau nama gelaran saya syah. Rupanya awak yang pernah hadir sekejap.
Untuk tahun yang saya lupa. Saya mintak maaf. Tapi mulai dari hari ini. Doa saya akan sentiasa ada nama awak.
Terima kasih pernah hadir.
Terima kasih pernah push saya untuk belajar.
Terima kasih untuk kata kata awak yang sangat annoyingg tapi saya catatkan dalam blog ini.
Terima kasih sebab baca blog saya dari dulu smpai awak pergi.
Andai awak dapat baca sekarang. Saya doakan semoga impian awak tercapai.
"Kadang kadang aku takut. Takut tak diterima di akhirat kelak"
Semoga awak ditempat kan dalam kalangan kalangan orang beriman.
Dan semoga Allah mengampunkan dosa dosa awak dan saya.
Hi mamat parkistan !
Finally i remember you now.
Sorry sebab amik masa yang lama.
Tahun ni saya akan wish birthday awak.
Dalam doa.
Terima kasih mamat parkistan.
From :
Minah bangladesh π
Comments
Post a Comment