Memujuk diri sendiri πͺAll about Sufinasuha. Seindah Mimpi Pelangi π
Bismillah. Assalamualaikum. Tujuan aku menulis tentang sufinasuha, sebab aku sering tertanya, siapakah sufinasuha, apakah peribadinya, dan bagaimanakah kehidupannya selama ini.
Aku menulis agar kau tahu, dan tidak memerlukan sesiapa untuk menginatkan kau. Kau tak perlu orang lain validate diri kau. Kau boleh berdikari dan teruskan hidup untuk bertahan.
Aku tak tahu peribadi kau sebelum ni macam mana. Jadi aku cuma berpaksikan perkara yang berlaku sekarang.
Apa yang aku tahu. You are such a lovely person. Kau penyayang tapi kau memeluk keras diri kau dan tidak beri peluang langsung untuk sesiapa rapat. Sebab kau tahu akhirnya nanti kau akan terluka bila mereka pergi.
Mengikut ingatan kawan2 lama. Kau orang yang sangat ceria, bahagia, bertenaga dan ada prinsip tegas.
Tapi sufi, tidak kali ini.
Kau adalah sufinasuha,
yang lemah, yang sentiasa mendahului orang lain. Yang sentiasa mengharap kan orang. Yang sentiasa nak bermanja, yang sentiasa nak orang ada dengan kau.
Kau tidak sekuat kuzi. Kau tidak berpegang pada prinsip. Kau mula melemaskan perasaan sendiri. Kau asyik terperangkap dengan kata kata silam. Kau biarkan diri kau hanyut dengan bende bende bodoh.
Kau cepat mengalah. Kau cepat hanyut. Kau cepat tenggelam. Macam kuzi cakap kau memang lemah. Kau suka dengar cakap orang lain. Kau suka biarkan problem diorang tersekat dengan diri kau. Kau bermatian matian nak selamatkan diorang yang sedang lemas, sedangkan kau dah lemas lama dah. Kau dah cukup hancur, tapi kau masih, masih letakkan semua kaca hanya pada diri kau.
Untuk episode kali ini, you are not the best. Sebab banyak pantang kau langgar. Banyak bende yang kau tak mampu buat, tapi kau paksakan jugak demi melihat mereka semua tersenyum. Kau korbankan perasaan kau.
Kau bodoh.
Kau sendiri tahu. How much kita akan terluka bila kita sayangkan orang.
Kalini bukan sorang dua. Tapi berpuluh. Kau sendiri bukak ruang itu. Padahal kau sedar kau akan terluka hebat.
Tak cukup ke kisah 2022. Memang setiap 2 tahun kau akan biarkan sekali lagi hati kau mati ?
If, kuzi ada lagi. Sumpah dia akan marah dan kecewa dengan kau. Kau membodohkan diri demi bende yang tak patut.
Tapi,
aku faham.
Kau struggle.
Kau lemas.
So dengan membantu ramai orang kau rasa kau akan diselamatkan juga oleh mereka.
Tak salah apa kau rasa. Cuma lihatlah keadaan kau yang menyedihkan sekarang.
Jadi sufi.
Jangan sesekali sayangkan orang. Jangan.
Perit orang BPD terluka 30 ganda lebih sakit dari manusia normal :( Tak kesian ke diri kau.
Aku harap ini kali terakhir kita terluka. Cukup cukuplah luka selama ini. Jangan gores dan menambah luka baru.
Jahat ?
Kejam ?
Ye aku kene lebih kejam. Sebagai peringatan. Kalau tak, kita sakit tak habis habis.
Fighting okey ?
Kau takleh terus lemah. Tak boleh terus rasa diri kau boleh dipijak pijak. Bangun sufi. Bangun. Kita tak macam yang lain.
Diorang sakit, sembuh perlukan beberapa bulan. Kau ?
Bertahun bodoh !
Bertahun. Dan sedangkan bertahun tu bukan biasa biasa. Tapi sakit separuh mati.
jadi, jangan ulangi lagi okey ?
Next,
Kau seorang yang sangat penyayang dan kasihkan diorang lagi lagi yang anak yatim dan tiada sokongan keluarga.
Kau tidak mahu mereka tersesat jiwa macam kau.
Kau happykan diorang bersebab. Mungkin aku yang tak faham tindakan kau.
Overall aku respect what you do. Bangun tidur fikir mereka. Sebelum lelap fikir mereka. Kau tidak sanggup untuk mereka rasa apa yang kau rasa. Kau berusaha kerasa untuk memikirkan solusi setiap masalah diorang, dan kau akan cuba yang terbaik untuk buat diorang lega dan kembali dalam jalan yang benar. Bukan dengan dendam, bukan dengan amarah yang tak dilampiaskan, bukan dengan kesedihan yang tak diluahkan.
Ouh sebelum aku terlupa,
kau ada anak angkat tau. Kau berjanji untuk menjadi ibu dia sehingga dia dewasa. Dewasa maksudnya sehingga dia tidak memerlukan pautan kau lagi.
Nama dia Syahaliff Naufal.
Rason dia sebab dia tiada ibu. Ayah pon jarang ada kat rumah. Kau amik dia masa dia tengah betul2 susah. Dia tiada tempat meluah. Dia selalu harapkan kau. Dia selalu luah kat kau. Dia selalu crave kan kasih sayang kau.
Kalau kau terlupa, carilah dia balik. Cakap kat dia kau sayang dia. Itulah ucapan yang dia selalu nanti nanti.
Setiap kali kau cakap mcmtu depan semua orang, mata dia akan bercahaya. Dia akan mula mengusap2 rambut dia sambil tersenyum bangga. Kenapa ibu ? Bukan kakak ?
Sebab sebagai kakak angkat aku risau kalau kalau ada perasaan lain yang timbul.
Kalau sebagai ibu, mungkin dia dan aku menjaga batas dan limit. Dan aku hanyalah menemani dia kerana dia tiada siapa yang boleh buat dia kuat bertahan.
Macam aku dulu. Itu reason aku. Yang lain bukan tak nak sayang. Tapi macam aku cakap, kau akan lebih terluka bila diorang pergi meninggalkan kau. Kau masih menyayangi semua, cuma kau limitkan diri kau dengan mereka agar kau tak terlampau menyayangi mereka.
Kau kreatif sufi,
semua menu menuu dekat kedai, kau mampu cipta dengan Izin Allah. Cantik, menarik dan Alhamdulillah. Kemas, perfect ! Ramai yang tegur menu menu kita lawa.
Kau bersemangat dalam menghasilkan video2 untuk diuplod di medsoc.
Kau handle pekerja, everything pasal acc. Kau bekerja 200% lebih dari apa yang kau mampu. Kau bersemangat untuk balas jasa akak yang jaga kau. Sebab kau nak berkhidmat dengan akak sampai hembusan nafas kau yang terakhir.
Dan kau seorang leader yang sangat bagus.
Cuma kalini kau fragile. Terlalu fragile. Sampai kau tak boleh handle apa pon lagi tentang mereka.
Kau perlukan masa sebab sekarang kau tengah jatuh. Kenapa kau jatuh ? sebab kau melanggar batasan yang selama ni aku pentingkan.
Tapi takpe sufi, you did your best.
Kau pon dah bagitahu diorang masa meeting. Untuk kalini sampai appoiment, kau perlukan masa. Kau perlukan sokongan dari diorang jugak. Sebab sekarang kau betul2 fragile.
Kau bercakap sambil menahan tangis, sambil menggigil. Kau cakap dengan penuh kasih, kau cakap dengan penuh rasa terdesak kerana memerlukan bantuan mereka.
Walaupun sebelumnya, ada kejadian aku bergaduh denagn pekerja, disebabkan mereka rasa aku jauh berubah.
Aku menjadi sangat pendiam, susah untuk mendengar luahan, dan jadi seorang yang keras.
Bukan lagi seperti dulu, ceria, sentiasa mendengar, sentiasa bermotivasi dan sentiasa menjadi tulang belakang mereka. Sentiasa bersedia untuk membantu mereka bila mereka memerlukan.
BIla diorang luah masa meeting, kau sudah pon mintak maaf pada mereka atas kelakuan engkau yang sememangnya belum mampu untuk bertenang dan merawat luka. Kau sedang sakit ! tapi kau teruskan juga kerja dan cuba untuk menampung mereka.
BIla kau tak dapat menampung mereka, tak dapat mendengar luahan merka, tak dapat berbual dengan mereka. Mereka rasa kau dah tak sayang kan lagi mereka. Mereka mula liar dan rasa amarah pada semua bende.
Kau perasan. tapi terlambat. Kau hampir menangis mohon maaf pada mereka. Kau rendahkan ego. Kau meminta bantuan mereka untuk support kau. Kau menyesal dengan tindakan kau menjauh dari mereka. Kau explain dengan tenang. Kau luahkan situasi kau sekarang. Dan kenapa kau bertindak sedemikian.
Aku respect dengan bende ni. Sebab kau, akhirnya mahu berkongsi cerita, mampu explain pada mereka dan mampu meminta bantuan mereka untuk hormat perasaan kau sampai tarikh appoiment. Kau handle dengan tenang.
Akhirnya mereka mengangguk faham. dan mereka mula berubah menjaga kamu, dan tidak membebankan dirimu lagi.
Maaf. Aku kesal.
Kerana aku tidak mampu mendengar cerita2 mereka.
Tapi aku sudah pon berjanji akan berubah selepas tarikh appoiment.
Aku cuma nak masa aku untuk pulih dan kembali bersemangat hingga tarikh appoiment.
Teruskan begitu sufi.
They need to know your condition. Bukan lagi kau menyembunyikan dan terus pendam seorang diri. Biar mereka bantu kau, sebagaimana kau cuba bantu mereka untuk teruskan kehidupan. Win win situation :)
Last,
kau seorang yang sangat caring dengan kawan kawan terapat. Kau tahu bila mereka down, dan kau cepat2 motivated diorang supaya diorang terus bertahan. Kau sangat tak boleh tengok orang lain down mcm kau down dulu. Kau tak boleh tengok diorang sakit, mcm mana kau sakit dulu. Kau tak nak diorang rasa apa yang diorang rasa.
Bagus teruskan.
Teruskan mewarnai hidup orang.
Teruskan membantu mereka.
Teruskan cita cita kau.
Tak nak diorang rasa apa yang kau rasa dan lalui.
Teruskan berhubung dengan mereka.
Teruskan apa yang hati kau nak buat.
Kecuali satu.
Sayang.
Jangan sayang mereka.
Letak limit dan garisan.
Kau bantu mereka sebab kau nak bantu.
Bukan sebab kau sayang mereka.
Kau cuma nak diorang ok dan ada kawan yang mendengar, membantu dan at least melegakan perasaan diorang.
That its.
Bukan tak boleh sayang diorang sufi. Boleh.
Tapi bila diorang jauhkan diri atau ada kerja masing masing. Kau akan jauuuuuh lebih terluka sebab kau ada simptom BPD. Bukan suka suka aku nak ingatkan kau.
Bila diorang busy, jauhkan diri, ada problem sendiri, atau tak hiraukan kau.
Kau akan mula rasa semua salah kau, kau akan self sabotage, kau akan patah hati, kau akan sakit 30 kali ganda dari orang normal sakit. Kau akan rasa macam macam padahal tiada kene mengena pon dengan kau.
Itu simptom yang kau tak boleh elak.
So, set boundaries okey ?
Sayang cukup memadai sahaja. Tak perlu lebih. Hadir bila diorang perlukan kau, bila diorang susah, sakit. Dan pergi bila diorang happy. Itu cara kau !
Apa pon Sufi,
Im proud of you.
You know yourself.
Kalini kau jauh berubah dari yang lama.
Kau jauh bertahan walaupun struggle nak mampos.
Kau tak give up.
Kau tak kecewa.
Kau sabar dengan sabar yang indah.
Kau cuma harap Allah membantu kau dalam segala urusan kau.
Cuma kau sedih yang melampau. Its okey not to be okey. Janji kau cuma harapkan cinta Tuhan, bukan lagi cinta manusia.
Aku bangga dengan perjalanan kita.
Aku bangga dengan diri kita.
Aku bangga dengan usaha kita.
Aku bangga dengan semua bende yang ada pada diri kita, sufi.
Terima kasih dah jadi orang baik. Walaupun kau asyik cakap kau orang jahat. Tidak layak dicintai dan tidak layak untuk disayangi.
Aku sayang kau sufi.
Sayang sangat sangat.
Aku tak nak kau sedih.
Aku tak nak macam sekarang.
Aku tak nak kau asyik nangis setiap kali balik kerja.
Aku tak nak kau terlalu terluka macam sekarang.
Aku tak nak kau struggle gila nak bertahan.
Aku tak nak kau sakit macamni.
Perit sangat tengok keadaan kau sekarang.
Sakit sampai kau ketap gigi kau kuat2.
Kau tak pernah sakit macamni sekali.
Bangkit okey ?
Lawan okey ?
Terus bahagia sufi. Demi aku, Demi kau, dan Demi Allah.
Lots of love.
Dari sufi kepada Sufinasuha.
Semoga kau terus kuat !
Dan terus menyayangi dirimu sendiri.
:)
Comments
Post a Comment