Maafkan adik kak 🥺
Assalamualaikum Akak.
Sekarang adik take a break from us. Malam ni adik tidur tempat lain. Semalam kita gaduh besar. Bukan salah akak. Salah adik. Adik tak faham perasaan akak. Adik tak faham sakit akak. Adik yang lebihkan marahh sebab stress.
Bila adik balik, akak dah tidur. Adik tak makan lagi. Tapi takde tenaga dah. Adik tutup lampu. Pertama kali adik nangis sebelah akak. Sebab selalu sebelah akak, jarang adik nangis. Sebab akak kekuatan adik. Adik sendiri tak tahu, apa yang berlaku pada adik. Kenapa adik sedih sangat, kenapa tetiba adik jadi macamni. Kenapa adik jadi sufinasuha yang menyedihkan.
Adik takut sangat. Maafkan adik, sebab keadaan adik sekarang tiba tiba jadi sangat kasar. Akak tengah sakit, dan adik jadi sangat pelupa. Adik cuma nak kuat, nak jadi orang berguna dan jaga akak dengan sempurna. Adik nak jaga akak dengan baik. Bukan dengan semua bende adik terlupa. Adik rasa diri adik terok tak dapat jaga akak dengan baik.
Akak tengah diuji. Adik pula takut untuk menambah garam pada luka akak. Adik jadi seseorang yang sangat pendiam. Pergi kerja, akak kejut, adik jalankan badan, ikut arahan akak. Buat apa sampai tempat kerja, adik jadi blank akak. Adik cuma mampu tenangkan diri dalam kereta setengah jam setiap hari. Fikiran adik buntu bila sorang sorang.
Lama lama adik tak sedar adik diselubungi rasa sunyi yang kian mencekam. Adik tidak lagi bercerita dengan akak. Adik tak lagi luah apa apa kat akak. Adik balio cuma lepaskan penat dan tidur. Adik tak perasan, yang selama ni bukan adik yang bahagia. Tapi akak yang kepoh, dan membahagiakan. Sekarang adik baru paham bila adik sorang2. Adik tidak lagi ketawa, tidak lagi berbasa basi dengan sesiapa, adik jadi pendiam sangat.
Adik tipu cakap adik dah makan. Adik tipu adik cakap adik ok. Adik tipu cakap adik baru balik. Sedangkan adik duduk dalam kereta setengah jam. Adik tipu, cakap adik tak sedih. Sedangkan, adik baru lepas menangis teruk.
I dont know what happend. Sebab adik rasa adik ok. Adik rasa semua berjalan dengan lancar. Tanpa perlu meluah apa pon kat akak.
Adik tetiba rasa muak dengan semua manusia. Rasa benci dengan semua orang, sebab adik rasa diorang semua cuma manusia yang merosakkan. Kemarahan adik meluap luap. Adik nak pergi jauh dari akak. Sebab adik rasa tidak berguna.
Kak, adik tengok galeri. Ada rakaman akak tengah nangiss. Sedangkan balik adik tanya akak ok tak ? Kenapa mata bengkak, akak cuma senyum dan cakap ok. Akak pon tak nak adik risau. Adik tahu akak menangis hari hari. Tapi adik juga nangis kak setiap kali balik kerja, sebelum jumpa akak. Lepas jumpa akak, adik terus senyum bagi akak makan.
Kak, bila pergi kerja, adik siapkan semua untuk akak. Balik kerja, adik jadi sangat penat. Bila hari hari adik suram. Adik mula abaikan semua orang.
Somehow, adik takut dengan diri adik sekarang. Sebab adik mula menulis untuk semua orang, adik dah sediakan template untuk aida, bagitahu dan apa yang perlu lakukan apabila adik dah takda.
Adik mula takuut bila akak makin sakit. Adakah akak juga akan meninggalkan adik ? Adik takut semuanya. Adik luah kat Allah.
Adik tukar mode hp adik kepada dark mode. Yang adik sorang je tahu, tu tanda tanda adik nak sakit balik. Adik mula tak tentu arah.
Mungkin dengan menulis akan buang semua racing thought adik. Dan mungkin lebih lega.
Kak, adik takde ruang untuk bernafas.
Adik betul2 stress dan tak tahu nak buat apa.
Mungkin adik sedih sebab selama ni 24 jam dengan akak, tiba2 jadi 12 jam.
Sedangkan jauh di sudut hati adik bersyukur, akak tidak tinggalkan adik terus.
Tapi adik sendiri tak tahu yang sebenarnya adik tengah stress. Adik tak tahu yang sebenarnya adik tengah jumpa dead end. Adik tak thu fikiran adik macam mana. Cuma rasa sesak, dan tenang dalam satu masa.
Maafkan adik kak. adik tak sempurna jaga akak. Maafkan adik kak, sebab selalu marah marah akak. Maafkan adik juga sebab tengah stress.
Hidup tanpa akak sekejap memang sangat terkejut. Tubuh adik tak dapat beroperasi seperti selalu.
Sebab bila kat tempat kerja akak tahu, bila adik stress, bila adik anxiety bila adik betul2 tak sakit. bila adik kene makan.
Sekarang rasa macam hilang tongkat. Dan adik biarkan dan diamkan apa saja yang adik rasa agar adik dapat bekerja dengan baik, dan jaga akak dengan baik.
Adik tak nak bagitahu akak adik sakit, sebab akak tengah sakit. Semoga akak tak bencikan adik dan terus menyayangi adik. Adik takut kehilangan akak.
Semoga adik jumpa semula diri adik dan kenapa adik berkelakuan seperti ini.
Kak adik takut kalau kalau adik sakit dan terpaksa tinggalkan akak.
Adik tak nak tinggalkan akak, adik nak jaga akak. Adik nak rawat akak sampai sembuh. Cuma sekarang adik jadi berubah sangat. Dari seorang yang ceria, banyak cakap selalu motivate orang, jadi entah. Macam jalani hidup saja.
Adik sayang akak LIllah.
Adik cuma mampu berdoa sekarang.
Kak, adik dah serahkan semuanya kepada Allah.
Cuma rasa takut menyelubungi malam adik.
Rasa sesak menyelimuti diri adik.
Adik sekarang macam sedang berpaut pada tali, sedangkan sekujur tubuh sudah pon menyerah, hingga hanya akal, hati dan tangan tetap bertahan.
Walau apa pon kedepannya nanti, adik sayang kan akak, dan maafkan adik.
Kak, kita sama sama terluka.
Akak tengah sakit dan banyak fikir pasal kedai,
Adik pulak tengah stress dan penat dengan kerja sebab
Kerja kita berdua tiba2 adik kene handle sorang
Adik ok, dan mampu buat kak. Cuma perlukan masa.
Dan emosi adik berterabur.
Risaukan akak lagi.
Dengan adik dah mula lupa lupa.
Adik rasa adik bukan orang yang elok jaga akak. Adik rasa adik banyak kurang. Kadang akak kejut nak makan adik masih tak dapat bangun. Adik frust sebab tak bangun awal, kadang mandikan akak lambat. Kadang adik pergi kerja lupa bukakan akak aircond. Smpai balik kerja, akak tak bukak aircond sedangkan akak ada asma. Adik jadi kesal dengan diri sendiri.
Adik banyak salahkan diri adik.
Tapi adik tak tahu nak ubah pemikiran adik mcam mana.
Kadang adik termarah akak sebab adik terlalu penat.
Penat emosi nak jaga dan handle semua pekerja.
Dengan kadang ada yang buat hal.
Selalunya, bila adik marah akak akan berlembut dengan mereka.
Bila akak marah adik yang akan berlembut dan memujuk mereka.
Tapi bila tiba2 adik handle sorang. Adik kene jadi garang dan lembut dalam satu masa yang sama.
Tapi kadang adik hamburkan je rasa marah sebab adik tak sempat dah. Tak smpat nak cakap baik baik. Sebab adik kene jaga pekerja dan customer dalam satu masa.
Kak, adik baik baik saja kan ?
Semoga Allah berikan adik jalan keluar.
Adik cuba dah nak buat buat happy.
Tapi adik risau sangat sebab akak sekarang takleh jalan langsung.
Adik patutnya kene kuat.
Tapi adik tak dapat kuat macam selalu.
Adik tak dapat bertahan macam selalu.
Kak, adik dah mintak kat Allah terlalu banyak doa tentang akak. Adik jadi smpai takut, sebab selama ni adik berdoa, Allah sembuhkan akak. Boleh jalan, boleh buat semua aktiviti. Terlalu banyak doa adik mintak kat Allah.
Tapi kalini, akak teruk sangat.
Akak jarang nangis.
Sebab akak tahu adik lemah kalau akak lemah.
Akak tak kan nangis depan adik.
Supaya adik terus kuat.
Tapi kalini akak banyak kali nangis.
Balik hospital, masa adik angkat akak kluar kereta, belum selangkah pon, akak dah menjerit kesakitan.
Adik nampakkk air mata akak menitik.
Kak, adik tak kuat betul tengok akak nangis.
Adik ikut nangis.
Adik ikut sedih.
Tapi adik kuatkan jugak angkat akak.
Masa naik tangga.
Akak kene merangkak.
Akak paut pada adik.
Adik sungguh2 paut akak peluk akak supaya cepat sampai.
Kak,
Masa sampai je atas katil.
Akak nangis meraung.
Teresak esakkk. Sampai menggigil.
Sebab terlalu sakit.
Masatu, adik tak nangis.
Sebab adik kene pergi kerja.
Adik cepat2 kemas semua barang2 dari hospital.
Adik peluk akak sekejap. Untuk redakan akak dari nangiss.
Adik Terus pergi kerjaa. Sebab dah lambat.
Masatu adik tak nangis.
Sebab adik busy siapkan makanan akak.
Busy handle kedai.
Busy jaga pekerja.
Tapi setiap hari lepastuuu. Balik kerja, adik nangisss dalam kereta. Tapi adik tak nak akak tahuuu. Sejak tu adik pakai earphone pergi dan balik kerja. Adik dengar lagu2 piano. Untuk tenangkan adik.
Kak,
Jangan tinggalkan adik ye 🥺
Adik sayang akak sangat sangat.
Adik akan cuba yang terbaik jaga akak.
Kak,
Kita jalani sisa sisa hidup sama sama ?
Akak kene kuat, sebab adik tak kuat tgok akak macam ni.
Adik sentiasa doakan yang terbaik untuk akak.
Jangan tinggalkan adik ye.
Adik tak mau balik lagi tempat itu.
Adik tak mau kak.
Takde sapa dengar cerita adik hari hari.
Takde sapa nak pujuk adik.
Takde sapa yang nak layan adik bila adik nangis
Adik tak nak kene judge.
Adik takut kene marah bila sedih
Adik tak nak kene paksa bila sakit
Adik tak nak hadap dunia ni sorang sorang.
Kak,
Maafkan adik. Sebab adik tak mampu berfikir macam orang lain. Maafkan adik kak, sebab adik bergantung pada akak
Adik janji kak, adik tengah cari jalan keluar
Adik tengah cari macam mana nak sembuh
Adik tengah usaha keras untuk at leasttt tenang jaga kedai dan jaga akak
Adik mintak maaf banyak melukai akak,
Adik sayang akak sangat sangat ❤️
Mata akak ada ni. Masani akk tengah stress. Sebab kita pergi mna ye ? Ya Allah baru seminggu aku lupa. Kita g appoiment. Tapi dr takde. So ubat tak dapat sambung. Kita g cari klinik pakar kulit lain, supaya akak ada ubat. Tapi masa dalam perjalanan. Nak turun kerta, nak jumpa doktor. Semua menyakitkannn. Akak sakit sangat sampai akak stresss. Adik takut pembuluh darah akak pecah :( Nasib baik lepas sampai rumah, apa semua. Besoknya hilang merah kat mata tu.
Masani kita p berubat. Kesiann akakk. Lega sikit lepas berubattt. Semoga Allah lindung akak dari khianat manusia 🤲 Allah kan ada kan kak ?
Last kita keluarrr jalann :( Masani adik happy sangat2. Akak pon tetiba je asyik rakam adikkk. Padahal akak paling susah nak ambik gambar dan rekodddd. Masa ni kita makan cendol dan laksa. Adik suka laksaaa. Ye gambar dah terpusing pusing malas nak betulkan 🥺
Semoga zuraiha cepat sembuh 🤲
Adik sqyang akak sangat sangat ❤️🫂🥀
Comments
Post a Comment