Surat untuk Tuhan ❤️
Assalamualaikum. Bismillah. Page paling menakutkan. Tapi sebab i always lupa dan tidak ingat semua memory. So this is Surat untuk Allah, dan sebagai pengajaran kepada Sufinasuha what actually happend untuk episode kalini.
Terima kasih Allah sebab kau pertemukan aku di episode ini, dan kau patahkan aku berkali2 sehingga aku bukak blog ni, dan baca everything.
Tak cukup dengan itu, kau patahkan hati aku, untuk aku terbuka melihat draf pada blog ini. Sebab untuk bahagian yang dipost cuma biasa biasa.
Bila tiba2 aku tahu ada draf. Tetiba gatal tangan, aku bukak dan habiskan dalam satu pagi. Menangis Ya Allah aku baca semua.
And i found something yang begitu menarik. Everything yang tidak dipost sangatlah menakutkan dan sangatlah aku terkejut, sebab aku tidak ingat langsung what actually happend. Dan banyak clueless sbb aku tak letak nama. So i dont know pon siapa2 orang tersebut. Dan sebabtu penulisan kalini aku letak nama penuh, supaya aku tak clueless mcm sekarang.
Ya Allah. 2017. Dan sebelum tu lagi. Aku tak ingat apa kejadian besar yang berlaku pada family aku yang buatkan aku merajuk dan lari rumah secara sopan. maksudnya dengan alasan kerja. Sedangkan Ya Allah, apa yang aku ingat sudah cukup perit.
Apa lagi yang aku tak ingat. Jika Engkau tidak membenarkan aku ingat, Alhamdulillah. Sebab memori yang aku ada sekarang sudah cukup perit.
Ya Allah,
Aku pernah futur di jalanmu.
Aku pernah berpaling dari Engkau.
Mungkin itu balasan hilangnya segala nikmat ibadah.
Tulisan ku dulu terlalu banyak
''jangan buat dosa dengan ajnabi''
''jangan bawak sahabat ke jalan yang memesongkan''
''jangan lupa solat''
''baca amalan nii''
''Ya Allah, aku nak sahabat2 aku tidak lalai dengan musik''
Masa baca ni, aku separuh mati fikir. Dulu aku baik ke ya Allah ? Dulu aku mcm mana ? Apa peribadi sebenar aku ? Full of question.
Aku bertenang dulu, sabar. dan aku berdoa sangat2 semoga Allah tunjukkan apa yang berlaku dan macam mana aku dah jauh sangat ni.
Then I remember,
kau ingat tak sufi.
Masa tu semester 1. ke 2 tak ingat. tapi masatu yang aku ingat lah. Kau always bangun tengah malam tahajud. Bende ni bukan nak riak. Tapi untuk pengajaran kau sendiri. Sebab kalau aku tak menulis, kau akan selamanya terperangkap dengan diri kau yang always hidup dalam recycle illness. Masatu, kau berdoa lah apa pun, rasa semuanya mudah je kau dapat.
Cerita dia gini, kau memang patuh dan taat. Sebab masatu kau cuma ada Tuhan kau dan aku. Sejak matrik lagi, kita always amalkan bende yang sama. Solat 5 waktu, bacaan selepas solat, ngaji dan tahajud.
Lepastu nak jadikan cerita, pada semester 1, kau punya simptom mental health makin teruk. Tapi masatu kau masuk silat tetiba kau injured. Kaki bengkak, acl dan koyak tisu kot masatu.
So kau kene g hospital, kau pon pergi lah dengan MR.AA. Tapi aku tak ingat, kau mcm bagitahu doktor, kau ada simptom mental. Masatu Mr.AA tu dengar. Sebab dia yang teman. Rasanya masatu cuti sem, kau balik rumah MR.A ni sbb kene ulang alik hospital. Rasa kene simen kot. Ke kene balut dengan plaster keras tu sumpah aku tak ingat. Masa duduk rumah Mr.AA with family lah. Aku tidur ngn adik dia. Disebabkan aku tak dpt bergerak. Dia jaga aku sekejap, dia yang bawak aku ke hospital ulang alik. Dia yang handle everything. Sebab aku takde sesiapa :'(
Tapi Ya Allah aku tahu masa tu aku berdosaa. Sebab bercintaaa. Aku harapkan dia sebab tengah sakit. Aku tak dapat bergerak sangat. Aku cuma harapkan Mr.AA. Aku kene make sure kaki aku boleh bergerakk. So Mr.AA ni bawak aku naik basikal. Sebab kata dr tu terapi. Terima Kasih Mr.AA. Sekarang kau bahagia sangat. Semoga kau terus bahagia di dunia dan akhirat. Aamiin.
Masa jumpa siapa doktor, aku bagitahu simptom. DIa cuma cakap simptom aku terok dan kenapa aku tak bagitahu awal. Kenapa tunggu dah lambat masatu dah petang, so dr pakar dah balik.
Dia bagi kau surat rujukan pakar. dan aku kene datang hospital besok atau lusa mcmtu. DIorang cuba gak call Jabatan Psikatri. Tapi memang masatu dah lewat.
So masatu Mr. A ni hntar aku ke UiTM Puncak Alam, entah tetiba ada pulak semua orang. Tadi aku cakap cuti semester. Memag memori aku berbelit dan tempoh masa tu berterabur.
Dalam kereta MR.A tanya aku mcmni
''Kenapa awak tak pernah bagitahu semua tu''
Riak wajah dia nampak kesal. Apa yang aku tahu, kitorang mula renggang. Dia mula tak nak jumpa aku buat masatu. Aku pon mula salahkan diri aku, sebab dia menjauh.
Tapi sekejap je, lepastu dia ok balik. Tapi disebabkan, kau jauh ngn dia, so kau need friends tahu dan support kau. Sebab jauh perjalanan nak ke sg buloh, dengan kaki tak elok lagi.
So, dengan beraninya, kau bagitahi rumett, dan kawan2 kau. Aku ingat kau photostate surat tu, dan surat asal kau simpan somewhere.
Masa bagitatu tu aku tak ingat. Tapi diorang macam duduk satu bilik ramai2. Aku tak tau diorang bincang apa. Sebab lama. Aku mundar mandir, dengan nervous. Sebab aku sorang. Diorang ramai. Lama gak berjam jam. Aku kunci pintu sebab aku nervous sgt.
Kemudian aku dengar ketukan pintu. Knock knock who's there. hahahaha
Kawan aku masuk. Nama dia Farhana (bukan nama sebenar),
Dia masuk dengan nada lembut, dia bagitahu aku. Penyakit tu tak wujud, dan aku kene jumpa ustaz. Aku kene solat 5 waktu. Aku kene beriman kepada Allah mungkin sebab aku tak alim. Aku tak boleh percaya pada perubatan dan dalam surat tu seolah olah aku sengaja nak perhatian.
Sampai sekarang, Farhana tak salah. DIa tak salah. Sebab zaman tu Mental Ilneess sangatlah tidak meluas. Tak ramai pon tahu, kecuali aku yang memang study pasal bende ni dari matrik.
Selepas dari dia nasihatkan aku. Dia pon keluar. aku kembali kunci pintu. Masatu rumet aku tidur tenpat lain.
Dalam keadaan tu, hanya Engkau Maha Tahu apa perasaan aku.
Kecewa, marah, serabut, putus asa.
Apa yang aku marah ?
Aku solat 5 waktu,
aku ngaji,
aku buat semua suruhan Allah,
aku tinggalkan larangan dia.
Jadi, masatu aku fikir kenapa ? kenapa aku kene lalui semua ni ?
Aku dengan siapa Ya Allah ?
Sudahlah keluarga pon tak menyokong,
MR.A yang aku cintai pon mula menjarakkan diri,
ini rumet kesayangan pon mula menjauh,
dan kau bayangkan masatu of course kecoh 1 kelas, aku ada penyakit mental ?
Jadi, Ya Allah.
Masatu perasaan aku sangatlah hancur.
Aku mnyalahkan Engkau kerana tidak membantu aku.
Aku menyalahkan diri sendiri kerana bodoh dalam mengambil tindakan.
Aku Futur.
Aku berpaling.
Aku putus asa
Ya Allah banyak dosa aku buat masatu. Aku menangis dengan kemarahan.
Aku koyakkan surat rujukan tu. Aku baling dalam laci aku. Aku mengamok seolah2 tiada akal. Aku mula tulis surat terakhir.
Aku tak ingat tarikh dan bila. Masa tu akal aku menggila. Lepas habis surat tu aku tulis. Aku kunci pintu. Dengan esak tangis yang belom habis lagi. Aku, di bilik paling atas. Tingkat 10. Berdiri dengan yakin, berdiri di tebing tingkap.
Hanya selangkah sufi,
and you will be free.
Kau takkan takut lagi.
Takkan sakit lagi.
Takkan ditinggal lagi.
Habis segala masalah kau sufi.
Aku kuatkan diri.
Beranikan diri.
Selangkah sudahpon aku keluarkan.
TInggal lompat.
Bismillah......
Aku terasa diriku ditarik oleh diri sendiri.
Dengan bayangan Mak dan Ayah aku. Aku diselamatkan oleh diri sendiri.
Hanya yang pernah tahu, je tahu.
Macam mana selepas ditarik oleh diri sendiri. Lutut aku goyang. Rebah terus badan aku ke lantai. Aku tidak menangis kuat sebab takut yang lain dengar. Aku menangis teresak2 sambil menutup mulut. Aku gigit tangan aku, supaya kesakitan itu dizahirkan ke tangan. Aku menangis sampai rasa nak buta mata. Aku terlalu takut dengan tindakan aku sendiri.
Ya Allah, kenapa aku ?
Aku yang taat kepada Engkau, tapi adakah aku yang Engkau buang.
Ya Allah, tiada seorang pon yang memeluk diri aku masatu kecuali diri sendiri.
Selepas itu, aku bangkit dengan personaliti aku yang kedua.
Aku BPD, bukan DID.
Bukan yang tukar2 personaliti tu.
Tapi personaliti aku membantu untuk bangkit.
Aku pernah wasap kak na masatu. Aku tanya dia. Apa hukum Bunuh Diri. Kak na pon reply, dan tanya pasal ustazah dia kot macamtu.
Dan kak na reply.
''Hukum Bunuh Diri adalah tidak akan diampunkan dosa oleh Allah''
Lebih kurang macmtu, sebab aku tak tau cuma aku ingat, dan aku tanam dalamm kepala otak. Bunuh diri tu berdosa dna tidak akan diampun.
Sejak tu aku tidak ada cubaan bunuh diri. sampai sekarang aku pegang dengan jawapan kak na bagi.
Cuma aku berpaling dari Allah :(
Aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu, sebab aku hilang ingatan sampai sekarang.
Cuma, Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang untuk aku hidup. Untuk sedar kesalahan dari aku sendiri. Walhal, Allah sentiasa ada dengan aku.
Aku menyesal sebab aku tidak percaya dengan Allah. Dan nikmat Ibadah aku ditarik dari tahun ke tahun.
Aku hidup dalam keadaan yang sangat gelap. Dan aku tak jumpa langsung jalan keluar.
Aku jauh sangat dengan Allah. Dan aku memang menyesal. Aku lebih fokus dengan dunia dan manusia.
Out of semua ni, segala kepahitan aku tidak lagi aku luah kepadaMu. Aku luah pada manusia.
Blog ni pon aku tinggalkan, kerana terlampau kecewa dengan apa yang berlaku.
Aku mula percaya diri aku tak pernah baik pon. Aku tak layak untuk disayangi pon. Tak layak untuk dicintai Allah. Berdosanya aku sebab berpaling dariMU.
Aku tetap solat.
Tetap ngaji.
Tetap berbuat kebaikan.
Tapi nafsu aku lebih kepada amarah. dan lebih kepada sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim.
Aku tak pernah cerita bende ni kat sesiapa. Sebab bukan salah sesiapa. Bukan salah mereka pon. Salah aku. Untuk aku bercerita bagi aku macam membuka aib mereka.
Aku dipanggil GILA. Siapa berkawan dengan aku. Diorang akan cakap.
''Kau kawan ke dengan orang gila tu''
Mujur masatu. Guat rin, masih nak berkawan dengan aku. Masatu dah semester 4 ke 5 entahlah aku tak ingat.
Aku dengan guat rin berpisah sekejap, sebab apa tak tahu, Aku mula teruskan kehidupan aku alone for a few year kot.
Then, tetiba guat rin datang balik dalam hidup aku.
Guat ni manja, baik. Tak layak dengan orang gila macam aku. Tapi apa pon orang cakap idia tetap memilih aku.
Aku ingat masatu dia datang bilik aku untuk potongkan rambut. Disebalik perpisahan sekejap, kami mula kekok. Aku pon takot untuk membahayakan dia, sebab keadaan aku yang orang panggil gila. Aku tak nak dia dipulau mcm mana aku dipulau. Aku sayang dia. Jadi aku tak nak dia libatkan diri dengan aku.
Tapi dia tak kisah. Dia tetap kawan ngn aku.
Dia tetap sayangkan aku.
Tetap ada dengan aku.
Hubungan kita mula pulih. Bahagia rasa sebab ada guat rin. Sebab kitorang sekufu. Apa je kelakar pada dia, kelakar juga pada aku. Guat rin macam kakak. Dia selalu sikatkan rambut aku lepas aku mandi. Dia selalu ajar aku macam macam tentang kehidupan. Kitorang borak bende2 pasal life. Dan apa je dia punya pemikiran sama dengan aku. Kita saling bertukar ganti cerita. Terima kasih guat rin guat nong hadir dalam hidup aku yang telah pon hancur.
Masatu aku teruskan hidup dalam keadaan menyembunyikan sakit aku.
Cukup sampai tu je aku ingat.
mcam mana aku boleh jadi MPP. Macam mana aku teruskan kehidupan selama 4 Tahun di UiTM pon aku tak tahu.
Apa yang aku tahu sufi.
Aku tahu kau kecewa.
Semua tinggalkan kau dalam masa yang sama.
Masa kau sakit,
Masa kau tidak diambil kisah oleh keluarga.
mr.A tinggalkan kau.
Kawan2 tinggalkan kau.
Dan kenapa kau fikir ?
Sampai sekarang pon kau masih kuat ?
Masih sabar dengan sabar yang indah.
Masih mampu berfikiran positif?
Sebab Allah sufi. Sebab Allah. Sebab manusia semua meninggalkan kau. Tapi sampai sekarang kau masih hidup sihat dan selesa.
Everything sebab Allah.
Dear Sufinasuha.
Kau akan tiba di mana,
''Here we go again !''
Aku ada simpan dalam gmail, notes gallery dan telegram nota kaki, keyword untuk kau baca journal di sini.
Again aku cakap.
Bukan salah kau.
Kita tergelincir.
Sebab amarah kau.
Sebab kau tidak ada pegangan.
Tidak ada yang membantu.
Tapi kau ada Allah.
Nasihat aku untuk kau.
If kau hilang ingatan lagi.
First of All.
Jangan tinggalkan Solat Fardhu.
Kau akan struggle. Sebab nak ingat AlFatihah pon struggle. Tapi cuba lah. Bacalah. Dan hafallah.
Hafal Afatihah dan 3 kul.
Solatlah walau kau tahu kau tak ingat nak solat mcm mana. The moment kau berusaha untuk cuba solat.
Allah akan permudahkan hidup kau. Percayalah.
Next, kalau kau tak mampu untuk faham butrian Alquran.
Buka quran,
Bacalah surah AR-RAHMAN.
Sesungguhnya itulah surah fav kau yang paling lancar kau baca.
Banyak tahun pon kau lupa. Bila baca surah Ar Rahman, percayalah. Kau akan baca dengan lancar dan faham setiap butiran dalam surah itu. dan inilah surah yang kau akan hadiahkan kepada diri kau setiap hari lahir.
Aku faham sufi.
KIta struggle.
Jadi jangan fokus pada solat sunat.
Fokus dengan solat fardhu.
dan baca alquran.
Tak pandai dan lupa ?
Baca iqra. Aku dah sediakan atas rak. Buku2 untuk kita.
Itu je yang penting.
Kau tak perlu ingat sesiapa yang pernah hadir dalam hidup kau. Tak perlu cari dah.
Semua tu kenangan silam.
Teruskan kehidupan kau dengan siapa pon yang ada. Yang penting kau tak hilang Allah.
Tahun ini Ya Allah,
Aku merayu untuk dicintai Engkau.
Aku merayu untuk dibukakan segalanya.
Aku merayu sungguh2 nak dengan kau.
Terima kasih untuk hari ini. Kau buka semula apa yang pernah aku lakukan. Kau buka pintu hati aku untuk terus berjuang dengan Engkau.
Kau izinkan aku untuk bertemu denganMu.
Terima kasih YA ALLAH.
Selama ni aku buta.
Dibutakan dengan amarah. Dibutakan dengan sifat sombong, bongkak meninggi diri.
Sesungguhnya aku manusia yang hina.
Ampunkan aku Tuhan.
Jangan kau tarik kembali hidayah yang Engkau beri.
Ya Allah,
permudahkanlah segala urusan untuk appoiment kalini.
Kalini aku pergi sorang :(
Tapi kalini aku berjuang dengan Engkau Ya Allah.
Alhamdulilah untuk segala rasa.
Semoga dengan hijrah kalini. Allah izinkan aku untuk terus dicintaiNya.
Dan setiap apa pon yang berlaku selepas ini, perjuangan aku, aku akan lebih kuat dan kuat.
Terima kasih Tuhan.
Dari,
Sufinasuha hamba yang penuh dengan dosa ❤🩹
Comments
Post a Comment